Saturday, September 28, 2013

Dokumen Sebar Syiah di Sri Gombak Di Rampas JAIS

GOMBAK 29 SEPT: Berbagai Dokumen ajaran Syiah telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi. 

(Jais) menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak di sini kira-kira jam 11.30 malam. Penguatkuasa Jais membuka pintu gril rumah kedai dianggap ‘surau’ menggunakan pemotong besi.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jais, Mohd Shahrom Maarof, berkata serbuan dibuat berdasarkan risikan dan aduan awam sebelum mendapat waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
 
“Kita menyita beberapa buku, poster dan yang lain dengan fahaman Syiah termasuk kertas kerja yang dibuat di Universiti Malaya (UM).

“Mereka dipercayai membuat ‘post mortem’ hasil kertas kerja dan ada penyebaran fahaman itu di kalangan mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang disertai 23 petugas termasuk penguatkuasa Jais itu.
Fahaman Syiah difatwa haram oleh Jabatan Mufti Selangor sejak 1998.

Mohd Shahrom berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12C iaitu menghina pihak berkuasa agama (mengingkari arahan daripada Jabatan Mufti Selangor) dan Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Kita menyerahkan notis salinan kepada pihak premis mengenai bahan yang disita dan meminta mereka tampil untuk memberi keterangan,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI