Tuesday, July 23, 2013

Rakyat Terharu Keperihatinan ADUN


Batu Caves : Terharu apabila kesusahan dan derita sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis  yang ditanggung lima tahun lalu mendapat perhatian AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Norlaila Ismail berkata, suaminya Sazali Jeffryzin  sudah lima tahun menanggung derita sakit. Semenjak suami saya di uji dengan sakit segala tugas dan tanggungjawab yang di pikul suami sebelum ini telah diambil alih oleh saya.

Sebelum ini suami normal tidak mengalami sakit apa-apa namun lima tahun lalu beliau telah disahkan Doktor mengalami sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Suami juga pernah buat pembedahan mata. Alhamdulilah pembedahan berjaya dilakukan. Namun setiap hari sebanyak empat kali saya akan bantu suami cuci buah pinggang dirumah.

Menurutnya bukan mudah melakukan kerja cuci buah pinggang. Ia merupakan kerja yang rumit namun perlu dilakukan memandang tidak ada yang boleh membantu. Anak-anak masih kecil dan bersekolah lagi.

Jelasnya lagi, saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap melainkan pencen  aliat suami RM1,640 untuk mencuci buah pinggang yang menelan kos begitu tinggi. Ini belum lagi kos ubat-ubatan. Untuk menambah kos saya terpaksa menjual kuih-muih tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mengcukupi apatahlagi salah seorang anak saya telah mendapat menyambungkan pengajian di Universiti Zainal Abidin.

Alhamdulilah dengan kesusahan yang saya alami selama ini telah mendapat perhatian oleh ADUN dan (JKP) . Saya diberi peluang untuk berniaga berhampiran padang Futsall disini.

“Terima kasih kepada ADUN Batu Caves yang prihatin dengan kesusahan rakyat. Insya-Allah peluang perniagaan yang diberikan kepada saya akan di manfaatkan sebaiknya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan kos pendidikan anak-anak.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan mulakan perniagaan dan mengisi borang bantuan pendidikan yang diberikan kerajaan negeri untuk anak saya yang akan melanjutkan pengajian selepas Hari Raya Aidilfitri. Bantuan yang diterima sungguh bermakna dan tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan terdahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) memerintah disini”, kata Norlaila kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kerusi roda, barangan dapur dan sumbangan wang tunai oleh ADUN Batu Caves.

Sementara itu, Amiruddin  Shari merangkap  Timbalan Exco Belia dan Sukan pula berkata, saya benar-benar rasa simpati atas kesusahan yang di alami oleh Norlaila dan suaminya. Sebelum ini telah saya berikan cadangan kepada (JKP) dengan mencari rakyat yang susah untuk membuat perniagaan berhampiran padang Futsall. Dengan inastif tersebut sekurang-kurangnya beliau dapat menyara suami dan anak-anak.

Insya-Allah saya akan sumbangkan dana sebanyak RM20 ribu untuk membantu mereka membuka perniagaan disini. Dengan bantuan diberikan jelas membuktikan Selangor mengamalkan Negara berkebajikan,  kata Amiruddin. 

Turut menerima sumbangan kerusi roda, barangan dapur dan wang tunai Norhayati Hamzah yang mengalami sakit buah pinggang , darah tinggi.

Selain menyampaikan sumbangan majlis tahlil arwah turut diadakan bagi meraikan keluarga tersebut.

Editor : Khaulah Azwar




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI