Setelah semua kerja selesai, entah mengapa hati ini ingin mencari bahan rakaman youtube isu roboh Masjid Bujal yang telah berlaku pada 2008.
Rasa hiba, geram apabila melihat kerakusan, keganasan, kezaliman oleh kerajaan UMNO sehingga tergamaknya meroboh masjid rumah Allah untuk semua umat islam beribah.
Dimanakah sikap kemanusiaan?? Mengapa pusat hiburan, rumah maksiat, hotel-hotel bajet, pub yang semakin berleluasa tidak diroboh sehingga dengan adanya pusat-pusat ini menggalakan ramainya anak-anak luar nikah, berlakunya zina, berlakunya penceraian dan sebagainya.
Hati kecil ini dan saya pasti setiap insan yang beriman melihat youtube ini akan marah. Mengapa Masjid ini di roboh tanpa alasan yang jelas?. Apakah kerana menyampaikan tazkirah kepada umat islam untuk memberi kesedaran agar di perbaiki iman dan amal menjadi kesalahan yang besar sehingga hilang pertimbangan dengan meroboh masjid ini.
Sungguh sebagai hamba Allah yang kerdil apabila melihat rumah Allah ini di robohkan hati kecil ini begitu terguris lantaran yang terlintas di hati kecil ini hanya mendoakan agar azab Allah diberikan kepada mereka yang salah guna kuasa, diberi azab kecil untuk kesedaran dan didoakan semoga hidayah Allah diberi kepada mereka yang terlibat.
Rayuan penduduk, tangisan penduduk langsung tidk dihiraukan oleh pihak kuasa yang gila kuasa dan tiada betimbang rasa. Moga balasan Allah akan diberi kepada pemerintah yang zalim.
Apakah kita tidak sedar ketika berlakunya Tsunami besar dimana seluruh penduduk mencari tempat berteduh. Banyak harta benda tergadai nyawa penduduk banyak terkorban. Hanya yang selamat mereka yang berteduh di rumah Allah. Sebuah masjid itulah yang mampu berdiri dengan gah nya.
Justgeru, saya menyeru seluruh umat Islam agar sentiasalah peliharan rumah Allah ini sebaiknya. Zaman Nabi SAW baginda bersama sahabat menggunakan masjid surau dengan sebaiknya.
Rumah dan masjid dijadikan tempat ibadah, mesyuarat, aktiviti kemasyarakatan, berpolitik dan sebagainya untuk semua berhimpun di bawah satu bumbung di bawah satu kalimah. Apabila kita berada di rumah ini semua yang kita perolehi harta, pangkat nama di tinggalkan dan di gantung luar pintu pagar masjid surau.
Ingatlah segala kita perolehi sementara tiada yang membezakan kita orang yang berpangkat, berharta, orang yang ada nama. Disini di rumah Allah inilah kita adalah sama disisi Allah SWT.
Inilah kuasa Allah dengan menyelamatkan rumah Allah agar setiap yang berlaku itu, Allah SWT meminta umatnya berfikir sejenak dengan kebesaran Allah SWT. Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment