KUALA LUMPUR, 20 JUN: Menjelang Himpunan Blackout pada Sabtu, 22 Jun yang akan berlangsung di Padang Merbok satu aktiviti “flashmob Gergasi” besar-besaran bakal diadakan esok.
Aktiviti tersebut bakal diadakan sebelah petang bermula di pasaraya Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berakhir di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLCAH), Jalan Maharajalela.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa berkata “Flashmob besar-besaran ini dibuat pada Jumaat (21 Jun),” ujar kepada media semalam.
Sebelum itu hampir 15 orang anak muda mengadakan flashmob secara aman di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.
Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Redzuan, flashmob ini bertindak sebagai mobalisasi menuju 22 Jun ini. “Hari ini hanya satu aksi spontan yang berlaku di beberapa spot tertentu.
“Saya bagi jaminan selagi spot-spot ini tidak melebihi empat orang, tidak boleh ada tangkapan berlaku,” katanya sebelum flashmob bermula. Flashmob hari ini berlangsung aman dan tidak ada sebarang kejadian tangkapan berlaku.
No comments:
Post a Comment