Taman Selayang , 29 April :
Rata-rata penduduk DUN Batu Caves merasa terharu dan berpuas hati dengan
lawatan ziarah yang di lakukan oleh Calon N16, PKR DUN Batu Caves, Amiruddin
Shaari.
Amirudin Shari Calon PKR N16, Batu Caves Prihatin dengar suara rakyat |
Seorang pengundi Marina Fakhir
Khan yang menerima ziarah daripada calon berkata, kalau boleh saya tidak mahu
ADUN Batu Caves yang bakal mengurus kawasan ini di ambil alih oleh UMNO –BN
kerana sepanjang mantan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari menjaga kawasan ini
beliau banyak membantu rakyat.
Tenaga muda dan sikap
keperihatinan beliau sepanjang tempoh lima tahun telah di bukti kepada rakyat
bahkan isu-isu di DUN Batu Caves banyak di selesai dengan baik.
Ini tidak berlaku semasa
pemerintahan kerajaan UMNO-BN mengurus kawasan ini selama 50 tahun yang lalu,
kata Marina kepada pemberita selepas menerima lawatan ziarah daripada Calon PKR
DUN Batu caves, Amiruddin Shaari bersama petugas – petugas pilihanraya.
Menurut Marina, semenjak DUN di
bubarkan , penamaan calon dan sehingga
hari ini penduduk di sini tidak menerima
lawatan ziarah daripada calon UMNO- BN
samada di peringkat DUN mahupun daripada Parlimen Gombak.
Petugas Pakatan Rakyat DUN Batu Caves mengiringi Calon Rayu Undi |
Ujarnya, “tidak-tidak saya
sentiasa menanti kedatangan calon ADUN
dan Ahli Parlimen Gombak daripada
UMNO begitu juga petugas UMNO disini
tetapi perkara ini tidak berlaku. Perkara yang berlaku adalah petugas-petugas
UMNO –BN telah menampal stiker “Keluarga ku pengundi BN”.
Kami penduduk disini selar
tindakan petugas UMNO yang menampal stiker bendera di kawasan perumahan ini
kerana stiker yang ditampal telah merosak cat rumah. Kebanyakan pengundi disini
yang dulu sokong UMNO telah banyak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tindakan
mereka melekat stiker di kawasan perumahan ini ibarat macam lanun seperti
cerita P.Ramlee. Semua rumah di pangkah agar rumah dimasuk pencuri begitulah
tindakan UMNO –BN, katanya”.
Tambah Marina lagi, hanya tinggal seminggu rakyat akan buang undi.
Sebelum tiba pilihanraya kami ingin tahu apakah manifesto dan gula-gula
pilhanraya yang UMNO ingin beri pada rakyat lagi. Apakah mereka akan bertemu
rakyat disini. Manifesto yang diberikan Pakatan Rakyat amat menarik dan pada
PRU12 kebanyakan telah di laksanakan. Maka saya yakin PRU13 Pakatan Rakyat
mampu melaksanakan janji manifesto mereka.
Marina yang mengalami diabetis
sehingga kaki di potong, sakit jantung
50 tahun lalu berkata “apa yang diberikan UMNO seperti kain batik, tabur
duit pada pengundi sebagai rasuah akan kami ambil kerana itu semua hak rakyat
tetapi bila tiba pilihanraya kami akan pilih pengurusan pentadbiran Pakatan
Rakyat (PR) yang Berjaya mengurus negeri Selangor dengan telus tanpa rasuah, ”.
Pengundi minta agar dibawa keluar mengundi pada 5 Mei. |
Sementara itu, calon PKR
Amiruddin Shaari pula berkata, insya-Allah pengundi-pengundi OKU akan saya
minta petugas mengambil mereka pada pilihanraya nanti. Keadaan mereka yang
tidak berupaya namun semangat wajar yang ada pada mereka untuk buang undi perlu
kita bantu. Tidak kira parti apa yang mereka ingin pilih.
Menurut Amiruddin tindakan
petugas UMNO yang menampal stiker “Keluarga kami pengundi BN” tidak
sepatutnya berlaku. Ini merupakan satu pencerobohan kawasan perumahan sehingga
rakyat rasa marah denga menampal stiker yang boleh merosakan cat rumah rakyat”.
Katanya, kita harap
petugas-petugas UMNO melakukan kerja pilihanraya dengan professional tanpa
merosakan hubungan kekeluargaan. Dengan menampal stiker ada di sebuah keluarga
yang ada pengundi UMNO dan ada juga pengundi Pakatan Rakyat. Bila mereka tampal
stiker tersebut berlaku pergaduhan antara anak beranak.
Justeru, saya harap perkara ini
tidak berulang lagi kata Amiruddin Shaari kepada pemberita selepas mengedar
risalah dan lawatan ziarah pengundi awal pagi tadi di kawasan DUN Batu Caves.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment