Saturday, April 13, 2013

Jasa Pengorbanan Guru Di Raikan Pimpinan Pakatan Rakyat Gombak

Gombak, 12 April : Sempena Hari Guru yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 16 Mei, 2013 Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Penyelaras Pusat khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak berbesar hati menyumbang dana bagi meraikan semua guru di Sekolah Seri Al-Huda, Gombak (SERIAHG).
Hasbullah Ridzuan menyampaikan Cek kepada Pengelola SRI ALHUDA 

Azmin Ali dalam temubual bersama media baru-baru ini di ibupejabatnya berkata, sumbangan dana diberikan adalah meraikan jasa keringat semua guru-guru. Walaupun sumbangan diberikan tidak besar namun niat hati adalah lebih penting dengan memberi suntikan kepada semua guru yang banyak menyumbang dalam dunia pendidikan. 

Kita harap dengan sumbangan diberikan akan membantu pihak sekolah membuat persiapan yang lebih awal untuk menyambut hari guru di peringkat sekolah bersama semua pelajar. 

Hasbullah Ridzuan, Timbalan Penyelaras (PKM) DUN Gombak Setia pula menjawab persoalan yang dikemukan oleh wartawan apakah sumbangan ini merupakan gulu-gula pilihanraya yang semakin hampir?,

Beliau berkata, setiap sumbangan yang kita sampaikan kepada rakyat dan pihak sekolah bukanlah sogokan kerana ia bukan budaya yang di amalkan di peringkat pimpinan negeri selangor. 

Namun sumbangan diberikan adalah berdasarkan permohonan yang baru dibuat oleh pihak sekolah yang inginkan bantuan dana bagi membantu menjayakan Majlis Hari Guru di peringkat sekolah yang akan berlangsung pada 17 Mei, 2013.

Menurut Hasbullah, dengan sumbangan diberikan sedikit sebanyak pengorbanan guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa akan terbalas. Bagi saya walau apa sekali pun bentuk sumbangan diberikan tidak akan terbalas jasa dan ilmu yang di curahkan guru-guru kepada semua pelajar. 

Justeru, apabila tibanya Hari Guru yang disambut setiap tahun maka sewajarnya semua pihak meraikan jasa keringat mereka. Di peringkat negeri Selangor setiap tahun Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali sentiasa turun padang ke Sekolah-sekolah bertemu dengan semua pendidik bagi meraikan Hari Guru.  

Ramah mesra antara pimpinan dan guru besar SRI AL Huda

Sementara itu, Guru Besar (SERIAHG), Hajah Surayah Sarin pula berkata, alhamdulilah saya amat rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana tahun ini merupakan tahun bersejarah pada semua warga (SERIAHG) kerana permohonan yang telah di mohon kepada Parlimen Gombak dan PKM DUN Gombak Setia baru-baru ini samada untuk dana pembangunan dan program sekolah telah mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan pendidikan semua pelajar dan guru-guru. 

Walaupun (SERIAHG) merupakan sekolah swasta namun ia bukan untuk di komersialkan kerana bagi kami  memberi pendidikan yang berkaitan dunia akhirat adalah satu tanggungjawab  dan memastikan semua pelajar  menjadi  insan yang solih serta berjaya dunia akhirat. 

Justeru, dengan bantuan oleh pimpinan setempat kepada pihak sekolah sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada semua warga (SERIAHG) dan pelajar. Terima kasih kepada semua pimpinan yang telah menyumbang kepada sekolah. 

Menurut Surayah, dengan sumbangan hari guru yang di terima daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali RM2000, dan PKM DUN Gombak RM1500 ini akan di manfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan awal Hari Guru Peringkat Sekolah untuk meraikan bersama guru-guru dan semua pelajar, katanya kepada wartawan hari ini di Ibupejabat (SERIAHG). 

Hadir sama, Pegawai PKM DUN Gombak Setia Ramli Talib, Dr Amran Mohamad Pengerusi Pengelola (SERIAHG) , Timbalan Pengerusi Lembaga (SERIAHG), Tn Hj Maula Abd Ghani. Sumbangan dana telah disampaikan oleh Hasbullah Ridzuan kepada Dr Amran Mohamad pagi semalam di Ibupejabat SERIAHG. 


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI