Tuesday, March 26, 2013

Saksikan Video Menteri Sarawak Dapat Komisyen



Global Witness (GW) mengeluarkan video kedua pada 22 Mac, mendakwa peguam Huang Lung Ong memberi jaminan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.

Video 2 minit 50 saat itu menunjukkan Huang terlebih dulu memulakan urusniaga jualan Billion Venture kepada penyiasat Global Witness yang menyamar sebagai pelabur asing dalam video bertajuk 'Outtakes - Inside Malaysia’s Shadow State'.

Video mendedahkan percubaan Huang menjual tanah Billion Venture yang dimiliki bapa saudaranya, Datuk Hii Yii Peng, 78 tahun, seorang ahli perniagaan di Sibu.

Huang menunjukkan salinan 'License For Planted Forest' yang dikeluarkan pada 2002 bernombor LPF 0027 dengan tarikh luput pada 2062.

Huang dirakamkan berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.

"Ini (projek) telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan dari ketua menteri kita. Dia boleh membuat keputusan melalui jemaah menteri.

"Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates tersebut.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI