PETALING JAYA 27 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada 22 April ini.
Kata Putus Sepakat 22 April, 2013 Bubar parlimen, MB Selangor Khalid Ibrahim |
Negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 di adakan .
Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.
Menurut Khalid, manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.
‘(PR) tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.
“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri (PR),” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi (PR) di sini.
Khalid merangkap ADUN Ijok menambah lagi, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.
Penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.
Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.
Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.
Hadir sama dalam sidang media semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment