Gombak : Walaupun Perlantikan Jawatankuasa Masjid peringkat
negeri Selangor telah sebulan berlalu namun masih ramai di kalangan anak kariah setempat rasa tidak puas hati akibat
terdapat tangan-tangan ghaib telah masuk campur tangan dalam perlantikan
tersebut.
Datuk Wan (Kiri ) Tunjuk Surat bantahan Jais yang Tak Tulus dalam Pentadbiran
|
Penaung Persatuan Penduduk Desa
Minang, Datuk Wan Mohd Safian Hj Wan Hasan mewakili penduduk disitu lahir rasa
terkilan apabila prosedur yang telah di ditetapkan Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak
seindah khabar dari rupa.
Beliau berkata, “sebagai anak kariah disini
kita rasa tidak puas hati jawapan yang diberikan
JAIS tanpa mempertimbangkan sebaiknya”.
Sebagai Jabatan Agama, JAIS sewajarnya menimbang dan meneliti bantahan tersebut kerana mereka
tidak tahu siapakah yang layak menerajui institusi masjid dan surau.
JAIS juga tidak sewajarnya
memihak sesiapa bagi mewakili parti kerana ia mencemarkan institusi masjid.
Contohnya, Jawatan Timbalan
Nazir Masjid Ar-Rahimah Greenwood calon yang bertanding adalah Hamid Jusoh yang menang dalam pengundian tetapi mengapa
Nik Nazmi Nik Yaacob pula dipilih? soal Datuk Wan dalam sidang media pagi
semalam di Dewan Jawatankuasa Penduduk Desa Minang, Gombak disini.
Pengerusi Kol (B)
Hamzah Bachik pula menjelaskan,
perlantikan Nik Nazmi juga melanggar
etika Suruhanjaya Pilihanraya Masjid yang dilantik tanpa prajudis antaranya beliau menawarkan
diri bertanding dua jawatan calon Timbalan Nazir dan Bendahari.
“Hamid Jusoh yang telah menang
dalam undian merupakan seorang Pensyarah Undang-undang Islam di Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) dan banyak terlibat dalam urusan pentadbiran. Pengetahuan
Agama adalah lebih luas”, katanya.
Wartawan di fahamkan,
Nik Nazmi merupakan jurusan Akaun
menarik diri daripada menjadi calon Bendahari selepas nama di pamerkan, dengan
itu calon bendahari telah diistiharkan menang tanpa bertanding.
Menurut Hamzah, majoriti anak kariah juga rasa kesal
tindakan JAIS yang tidak mengikut prosedur melantik ahli jawatankuasa (AJK) Masjid.
Katanya, “jawatan untuk AJK
Masjid adalah lapan orang tetapi JAIS hanya memilih enam orang sahaja tanpa
memberi alasan yang kukuh mengapa dua daripadanya digugurkan.
Ekoran itu, kami telah keluarkan
surat bantahan yang diberikan kepada
Datuk Setiausaha MAIS, Datuk Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor, mengikut
prosedur. Tetapi surat jawapan yang diberikan oleh JAIS kepada kami tidak
diberikan kepada mereka seperti diatas, tiada sebarang salinan untuk pihak
berwajib”.
Beliau juga mendakwa isi kandungan surat daripada JAIS adalah
senarai calon yang di pilih di peringkat masjid akan ditapis dan di bincangkan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan di peringkat Daerah (JKPD) yang
dipengerusikan oleh Orang Besar Daerah atau Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Mesyuarat bersama Jawatankuasa Penduduk bantah JAIS Yang Tak Telus |
Calon yang di pilih akan
diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS. Sehubungan itu MAIS
mempunyai kuasa memilih calon yang layak melalui mesyuarat JKPD tersebut.
Ujar Hamzah lagi “kami tidak
faham isu surat kandungan tersebut kerana tidak dinyatakan dengan jelas siapakah
orang-orang yang disebut dan mengapa surat ini tidak diberikan kepada
Setiausaha Sultan Selangor dan pihak berwajib yang perlu dipanjangkan kepada
kerajaan negeri Selangor juga”, soal Hamzah.
Pemberitahuan isu berbangkit
adalah penting bagi memastikan perjalanan aktiviti kemasyarakatan dalam masjid
dan surau berjalan lancar.
Justeru, kami berpendapat JAIS bukan
sahaja membelakangkan Sultan pihak –pihak berwajib
yang berperanan megimarahkan rumah
ibadah ini kerana tidak mengikuti prosedur perlantikan yang telah di tetapkan
sebelum ini. Tindakan JAIS ini sudah jelas seolah ada sesuatu yang
disembunyikannya.
Kita malu slogan yang digunakan
oleh JAIS “Berkhidmat Kerana Allah Untuk Negara” tidak
mencerminkan perkara sebenar.
“Imej pentadbiran ISLAM itu telah
terjejas kerana kepentingan oleh pihak tertentu tanpa rasa takut kepada Allah
untuk memberi khidmat kepada masyarakat”, katanya.
Sementara itu, salah seorang pengundi anak kariah Masjid
Ar-Rahimah, Greenwood, Hj Manaff Abd Latiff pula berkata, “saya benar-benar
kesal dengan perlantikan yang dibuat”.
“Saya rasa tertipu dengan
perlantikan JAIS. Pihak Masjid telah istihar nama pemenang tetapi JAIS istiharkan
nama lain pula.
Perkara ini benar-benar membuang
masa kita untuk datang mengundi. Ketulusan JAIS dalam membuat perlantikan ini
telah meragui semua umat islam berikutan
ramai umat ISLAM dibeberapa
kawasan di negeri Selangor tidak puas
hati dengan perlantikan dibuat”, katanya.
Tambahnya lagi, “Isu ini bukan
hanya berlaku di Gombak tetapi seluruh kawasan Selangor. Apa yang saya
bimbangkan akibat campur tangan JAIS dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan
memberi gangguan semua aktiviti masjid dan surau.
Rakyat berharap, apabila PAKATAN Rakyat memerintah, masjid, surau akan
terus di imarahkan dengan majlis ilmu, berbagai aktiviti kemasyarakatan
dilaksanakan tanpa mengira parti.
Kita bimbang akan datang
institusi masjid dan surau tidak aktif pula berpunca campur tangan JAIS, MAIS
dan tangan-tangan ghaib”, ujarnya.
“Saya harap tahun hadapan tidak
perlu buat hari pengundian kerana ia
buang masa untuk rakyat hadir kerana pemilihan rakyat tidak diambil kira oleh
JAIS.
Kita harap JAIS tidak memberi jawapan yang
mengecewakan semua pihak dengan tidak mengambil sebarang tindakan relevan.
Pihak atasan JAIS sewajarnya
mengambil peduli isu-isu berbangkit sejak akhir ini dan perlu bersidang dengan semua
badan berwajib demi ummah, katanya”.
Hadir sama, Kol (B) Hamzah
Bachik, dan Hj Mustaha Majid.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment