SHAH ALAM:
Menjelang tahun ini, Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan
dana RM 20 juta yang diperuntukkan bagi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar).
“Sehingga Jun 2012, Kerajaan Negeri telah
memberikan RM 11 juta kepada 4,452 peminjam bagi pelaksanaan skim itu”, kata Exco
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.
Menurutnya, dana tambahan perlu dilaksanakan pada
tahun hadapan memandangkan permintaan terhadap skim itu kian bertambah.
“Bagi memastikan kelangsungan dan sasaran program
ini dapat dicapai, dana yang diperolehi itu diberikan secara berperingkat..
Mimbar mensasarkan kira-kira 250 peminjam setiap
minggu di mana kutipan hutang yang dibayar semula oleh peminjam ini akan
digunakan sebagai wang pusingan.
“Bagaimanapun dana tambahan perlu dilaksanakan
memandangkan permintaan meningkat dan tidak mencukupi sepenuhnya,” katanya.
Rodziah merupakan ADUN Batu Tiga berkata demikian
semasa menjawab pertanyaan mulut daripada Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR)
dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini.
Beliau menambah lagi, Kerajaan Negeri turut
menyediakan latihan intensif kepada peniaga kecil-kecilan bagi meningkatkan
kemahiran dan kepuayaan mereka supaya perniagaan dapat dikembangkan.
Program untuk ibu tunggal dan golongan kurang
upaya (OKU) juga disediakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri sebagai
negeri berkebajikan.
“Kita tidak tinggalkan mereka dalam lingkungan
kemiskinan. Kita bantu mereka dengan pelbagai program seperti pembersihan
masjid dan pembungkusan semula produk bagi meningkatkan pendapatan mereka.
“Selain itu, peminjam Mimbar pula akan diberi
latihan dan tunjuk ajar mengenai ilmu berdaya saing dalam perniagaan supaya
mereka dapat meningkatkan skil di peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment