Klang : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H telah disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan di seluruh Negara oleh semua umat islam.
Sehubungan itu, Surau Haji Abbas juga tidak ketinggalan mengambil langkah proaktif dan kreatif untuk meraikan majlis tersebut. Majlis telah mendapat kerjsama dengan Masjid Nurul Amin dan semua surau dibawah kariah Masjid Nurul Amin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang merasmikan majlis tersebut berkata, "alhamdulilah sempena Maulidur Rasul semua umat Islam menyambut dengan penuh kesyukuran dengan mengingati Nabi Muhammad SAW yang telah wafat".
"Walaupun baginda telah lama meninggalkan umatnya namun ingatan semua umat islam pada –Nya tetap segar kerana sifat baginda yang penyayang dan sanggup bekorban untuk umatnya dan demi Islam."
Justeru, "sempena 12 Rabiul Awal, saya suka mengingatkan agar semua umat Islam sentiasa mengingati baginda setiap waktu dan setiap hari dengan cara mengikut sunah dan menghayati kisah kehidupan baginda yang banyak bekorban untuk umatnya. ".
Janganlah hanya setiap tahun berarak apabila tibanya Sambutan Maulidur Rasul tetapi tidak mengetahui sirah baginda dan tidak mengikuti ajaran-Nya.
Tambahnya lagi, "kalau setiap tahun kita ingat hari kekasih yang disambut setiap 14 Februari yang diraikan oleh Bangsa Kristian sehingga merosakkan akidah umat Islam, jadi mengapa Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tidak kita ingat?"
"Maka untuk membuktikan kecintaan kita kepada baginda pihak berwajib seperti Jawatankuasa Surau, Masjid, Jawatankuasa Penduduk, dan semua badan berwajid seharusnya memainkan peranan mengadakan aktiviti yang bermanfaat".
"Tujuannya untuk mengajak uamt islam meraikan Majlis Maulid Rasul penuh kesedaran dan keinsafan bagi mewujudkan iklim Rabbani untuk mendorong pertumbuhan dan perkembangan insan kamil".
Sehubungan itu, Dr Halimah juga menyarankan semua pihak berwajib selain mengadakan ceramah, mereka juga boleh mengadakan pidato, hafazan Quran, aktiviti riadah bersama keluarga, dan sebagainya agar majlis tersebut mendapat sambutan semua kalangan umat islam tanpa mengira umur dan parti, ujarnya.
Beliau yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan menambah, "Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan tema“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433 seharusnya seluruh umat Islam bersatu hati untuk membentuk perpaduan ummah yang beribawa dan disegani golongan bangsa lain". katanya.
Ujarnya lagi, "kita rasa terharu apabila, anak-anak muda yang bersalawat kepada Nabi saw sepanjang jalan dididik untuk membasahkan bibir dengan salawat kepada Nabi Muhammad SAW".
"Mereka perlu dilatih secara praktikal. Perarakan beradab yang diketuai oleh pemimpin masyarakat akan dilihat oleh golongan muda sebagai sokongan moral kepada mereka yang mahu menjadi anak dan ahli masyarakat yang baik".
"Mereka perlu dilatih secara praktikal. Perarakan beradab yang diketuai oleh pemimpin masyarakat akan dilihat oleh golongan muda sebagai sokongan moral kepada mereka yang mahu menjadi anak dan ahli masyarakat yang baik".
Pemimpin masyarakat setempat mesti proaktif dalam membentuk dan mencorak remaja yang bak 'kain putih'. Corak yang kemas dan cantik sudah tentu akan menghasilkan remaja belia yang indah budi pekerti dan mampu menjelmakan Islam dalam dirinya",
"Perarakan ini bersifat fizikal. Idea berarak daripada surau dan kembali kepada surau adalah simbolik kepada peserta alumni SPIES yang menekankan pembangunan spiritual yang menjadi 'core business' surau dan masjid", katanya.
Media difahamkan, JKKK Kampung Delek juga menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul yang disertai Alumni SPIES Remaja serta kumpulan HELWA DUN Selat Klang, surau dan masjid serta masyarakat setempat.
Hadir sama berarak, Nazir Masjid Nurul Amin, Ketua Kampung Kampung Delek, Setiausaha ADUN Selat Klang merangkap Nazir Masjid Al Muttaqin Sg Udang, pemimpin masyarakat setempat serta Pengerusi dan AJK Surau Hj Abbas.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment