Sunday, February 12, 2012

Karpal Singh di nasihatkan Hormati Agama Lain



Gombak : Ahli Sekratariat Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Farhan Madzlan memberitahu sempena sambutan Hari kekasih atau “Valentime Day”, seramai 25O NGO ahli terlibat untuk membantu mengedarkan risalah anti zina.

Operasi cegah maksiat telah bermula 11 sehingga 12 hb Februari 2012 dengan mengedar sebanyak 8000 risalah anti zina berkaitan Amal Maaruf Nahi Mungkar di sekitar Selayang dan Daerah Petaling Jaya, katanya pada media hari ini.

Tambahnya lagi, sempena malam hari kekasih pada 13 sehingga 14hb Febuari, operasi ini akan kita teruskan walaupun terdapat bantahan daripada parti kompenannya khususnya DAP.

"Kita tidak akan hentikan Operasi ini, walaupun dibantah kerana demi menyelamatkan akidah umat islam", katanya dengan tegas.

Insya-Allah, kita akan berkumpul di Daerah Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas menunaikan solat Fardhu Isya malam ini dengan mengedar risalah Anti Zina . Umat islam yang berminat untuk menyertai kerja Amal Maaruf Nahi Mungkar boleh turut sertai kami dalam operasi ini.

Jelasnya, cegah maksiat adalah tanggungjawab kita bersama. Saya yakin umat islam juga bersetuju agar operasi seumpama ini di teruskan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja dan belia yang beragama Islam, khususnya.

Non- Muslim yang meraikan hari tersebut tidak perlu khuatir tindakan yang di lakukan oleh PAS untuk mengadakan kempen ini. Kempen Anti Zina hanya dilakukan kepada Umat Islam sahaja.

Setiap tahun kita telah laksanakan operasi ini dengan mendapat kerjasama Jabatan dan Agensi terlibat seperti Pejabat Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), masjid dan surau di kawasan terdekat kediaman mereka.

Dalam operasi itu, kita mengambil pendekatan dakwah dengan memberikan tazkirah kepada mereka ditahan. Kebanyakan maksiat ini berlaku, ia berpunca apabila tidak menunaikan Solat yang di perintah Allah”.

“Hal ini telah di tegaskan oleh Allah SWT, orang Islam tidak akan minum arak apabila dia beriman kepada Allah SWT, orang Islam itu tidak akan membunuh ketika dia beriman kepada Allah SWT dan orang Islam itu juga tidak akan berzina ketika dia beriman kepada Allah SWT ” katanya.

Justeru, Mohd Farhan merangkap Yayasan Amal Malaysia, menyeru agar umat islam tidak terpengaruh dengan kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang tidak setuju kempen PAS menentang hari kekasih, esok.

Umat Islam di Negara ini harus peka dengan isu gejala sosial semakin meningkat di kalangan belia dan remaja apabila tiba malam tahun baru dan hari kekasih.

Contohnya tahun lepas Ekspedisi Dakwah Malam Tahun Baru Daerah Gombak, kita berjaya menangkap seramai 22. Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dengan aktiviti maksiat.

Lima individu daripada 11 pasangan 'kantoi' ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Operasi di jalankan di lokasi hotel bajet, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim. Lebih menyedihkan apabila mereka mengheret anak kecil ke lembah penghinaan itu.

Saya juga difahamkan oleh pegawai wakil Jais yang telah mengetuai serbuan itu, semua pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95”.

“Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan".

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka. Rata-rata mereka yang terlibat umur di antara 16 tahun ke atas.

“Ini termasuk alasan sukar diterima seperti 'hanya mahu menumpang sekejap' di bilik pasangan, 'hendak menghadiri kenduri' dan
sebagainya”.

Justeru, berikutan tragedies noda hitam itu, kita tidak mahu umat islam terus melibatkan aktiviti tersebut yang akan bertambahnya anak luar nikah.

Maka dengan itu, kita harap Karpal Singh supaya belajar hormati agama lain dan tidak mempengaruhi masyarakat khususnya umat islam menerima pandangan peribadinya.

Pemimpin DAP itu, perlu berfikir kenapa di dalam Islam mengambil berat anti zina ini dikalangan umat islam dinegara ini.

Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Hubungan yang dilakukan membimbangkan kita semua, kerana telah terbukti lahirnya bilangan anak luar nikah semakin meningkat dan membimbangkan.

Karpal Singh merupakan pemimpin tertinggi seharusnya menghormati setiap agama, budaya Negara ini dan bukan memaksa pandangan peribadinya pada orang lain. Beliau juga seolah-olah mengambil kesempatan sekat hak asasi kemanusiaan umat Islam yang sepatutnya di hormati semua pihak.

“Suka saya tegaskan keputusan tentang sambutan hari kekasih bukan hanya pendirian PAS, tetapi pendirian semua umat Islam”.

“ Seharusnya masyarakat dinegara ini harus bersyukur tindakan PAS membantu kerajaan negeri Selangor dalam membendung gejala sosial yang melibatkan akidah umat Islam. Hal ini tidak dilakukan oleh parti UMNO-BN ”, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI