Shah Alam :Demi Rakyat Selangor, Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada
Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera
sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu, berkata pihak berkuasa
setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya
kementerian gagal berbuat demikian.
Liu semalam dilaporkan
berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat
kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan
undang-undang.
Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan
Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Kerajaan
Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana
sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.
Selangor
menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan
Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment