Dengan Lafaz Bismillah mengharap pertolongan dan keredhaan Allah. Dikesempatan ini, warga MTSFAZ mengucapkan "Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang buat semua pelajar MTSFAZ. Sedikit petua untuk diamalkan.
Insya Allah, sdikit sebanyk dapat membantu...(^_^)
1- Jangan tinggalkan doa & solat hajat
Kadang2 kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadang2 waktu2 mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah / pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.
2- Bersedekah
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah ta'ala. Rezeki bukan berupa harta semata2 tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang2nya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.
3- Lazimi membaca Al-Quran
Antara cara untuk menjernihkan hati adalah dengan zikrullah , manakala zikrullah yang paling afdhal adalah membaca Al-Quran.
Insya Allah, sdikit sebanyk dapat membantu...(^_^)
1- Jangan tinggalkan doa & solat hajat
Kadang2 kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadang2 waktu2 mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah / pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.
2- Bersedekah
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah ta'ala. Rezeki bukan berupa harta semata2 tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang2nya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.
3- Lazimi membaca Al-Quran
Antara cara untuk menjernihkan hati adalah dengan zikrullah , manakala zikrullah yang paling afdhal adalah membaca Al-Quran.
Sabda Nabi s.a.w : " apabila anak adam melakukan suatu dosa, maka satu titik hitam akan melekat pada hati mereka..''.Justeru atas kesedaran tentang betapa lemahnya kita yang seringkali terjebak dengan dosa baik secara sedar atau tidak , maka Al-Quran adalah penawar yang paling mujarab untuk menanggalkan titik2 hitam di dalam hati kita. Seeloknya, sebelum mengulangkaji atau menghafal madah, terlebih dahulu ambillah sedikit masa untuk membaca Al-Quran.
4- Hafal '' mana yang patut ''
Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara2 yang ''tidak patut'', sebaliknya kenalpasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif2 istilah atau dalil2. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .
5- Buat nota
Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang2 yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis ( tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.
6- Study smart
Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.
7- Kembali ikhlaskan niat
Kadang2, bila semakin lama belajar, dan bila hampir ke tarikh imtihan, minda kita terlalu 'memaksa' untuk menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Itu bukanlah sesuatu yang negatif sebenarnya. Tetapi adakala, kita boleh terlupa tujuan kita menuntut ilmu itu sendiri. Sesungguhnya niat kita bukan hanya untuk 'menang' di atas kertas, sebaliknya kita mahu menyimpan ilmu itu benar2 di dalam dada kita. Justeru tidak akan timbul soal belajar hanya untuk imtihan dan sebagainya. Juga, kita tidak akan merasa 'down' andaikatamarkah yang diperolehi tidak seperti yang kita target.
8- Meminimakan perkara2 yang boleh melalaikan
Jika seseorang itu benar2 mahu sukses, maka ini antara mujahadah terbesar yang perlu dilakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjauhkan diri dari perkara2 yang sudah menjadi kebiasaan. Contohnya menonton filem, bermain game, melayari internet, online Facebook dan selainnya. Kecuali jika kita bijak membataskan masa, maka tidak akan menjadi masalah. Jika tidak, peratusan tumpuan kita akan terjejas. Banyak atau sikit, ia tetap akan menjejaskan. Jadi, kalau kita mampu, eloklah kita mufaraqah dari perkara2 tersebut sekurang2nya sewaktu hampir2 imtihan.
9- Doa guru
Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang2nya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.
10- Minta doa dari ibu bapa
Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.
DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN, KESEDIHAN dan KEMALASAN
اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ
Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan bit-taufiq wan najah...jgn berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)
No comments:
Post a Comment