Sunday, September 30, 2012

Belia Kesal Kementerian Pelancongan Gagal Sedia Pusat Pelancongan dan Riadah

Batu Caves : Kegagalan Kementerian Pelancongan Malaysia membantu golongan belia menyediakan tempat riadah di sekitar Batu Caves amat dikesali oleh penduduk setempat.
Lim Ching How besama Jawatankuasa Penduduk (kiri) selepas latihan payung terjun


Zuhudi Ahmad, Pegawai khas Ahli Majlis Perbandaran Selayang  Zon 8 berkata, sebelum kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah, belia di sekitar DUN Batu Caves telah mengusulkan permohonan peruntukan  sebanyak RM130 Ribu untuk membangunkan kawasan pusat peranginan di sini kepada kementerian pelancongan Malaysia tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan.


Menurut Zuhudi, Pusat Pelancongan Gua Damai Batu Caves merupakan kawasan strategik untuk dijadikan pusat riadah dan mampu menarik ramai pelancong luar Negara.


“Kawasan ini telah menjadi tumpuan  pelancong luar negara . Mereka mengadakan aktiviti tahan lasak seperti payung terjun, lumba basikal dan sebagainya sekitar 1980-an lagi walaupun kawasan ini tidak dinaiktaraf”.


Peserta daripda Moscow buat latihan payung terjun
“Alhamdulilah, semenjak kerajaan PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, kita bangkitkan isu ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari untuk di usulkan kepada  Exco Pelancongan, Elizabeth Wong dan telah mendapat perhatian sewajarnya. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 Ribu pada  Julai, 2012 dengan mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS)”, ujar Zuhudi.  


Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 8, Lim Ching How mengulas semenjak kita ambil alih negeri,  kawasan ini  telah dinaiktaraf.


Kerja-kerja penyelenggaran, menaiktaraf kawasan telah dilakukan dengan melantik kontraktor bagi memastikan pusat pelancongan ini mendapat sambutan masyarakat setempat dan luar Negara.


Fasa pertama dan kedua antara kerja naiktaraf dilakukan tempat solat kaum muslimin, salinan baju, tandas awam, kiosk, padang permainan kanak-kanak, pusat riadah orang awam,  memagar kawasan tersebut untuk keselamatan pengguna,  ujar Lim.


Menurut Lim, pemasangan papan tanda arah jalan telah dipasang bermula daripada Jalan kuching, Batu Caves, Rawang, Sri Gombak bagi mempromosi kawasan peranginan ini kepada masyarakat yang rata-rata tidak tahu kawasan ini telah menjadi pusat pelancongan luar negara.


Mustapha al Bakri Omar, Konsultan Wira Adventure telah mengunakan kawasan ini semenjak 1990-an dengan mengadakan aktiviti tahan lasak bersama  belia melahirkan rasa terharu apabila tindakan drastik kerajan negeri menyediakan pusat riadah dan pelancongan  untuk kegunaan masyarakat.


Sebelum ini kita telah usul kepada kementerian pelancongan tetapi sungguh mengecewakan permohonan tersebut tidak dipeduli sehingga hari ini.


Namun kita rasa bersyukur, akhirnya pasarana yang diimpikan golongan belia khususnya di kawasan ini telah tercapai. Rata-rata belia, remaja dan berbagai peringat usia dan bangsa telah manfaat pusat ini dengan sebaiknya daripada terjebak aktiviti kurang sihat.


Terima kasih kepada kerajaan negeri  PR Selangor yang sudi mendengar masalah belia dan masyarakat luar Negara dalam memastikan Negara Malaysia sentiasa mendapat tempat pertama dalam pelancongan dan sukan.


Jelas terbukti kerajaan PR berjaya menarik ramai masyarakat  dengan melibatkan aktiviti sihat sekaligus mendapat perhatian pelancong asing,   katanya selepas mengadakan latihan payung terjun bersama pelacong daripada Australia, Moscow, Jepun, di Pusat Pelancongan Gua Damai Batu Caves, disini pagi semalam. 


Menurut beliau, aktiviti ini diadakan setiap minggu dan ramai pelancong rasa gembira kawasan ini telah memenuhi keperluan mereka.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI