Sunday, September 23, 2012

Akhirnya Kau Pergi Juga, Alfatiha Nurul Azani

Pagi ini , ana di kejutkan berita pemergian adik naqibah mantan iium Nurul Azani yang menderita sakit kanser. 
Kenagan terindah Arwah Nurul Azani bersama rakan2.

Sunguh rasa kelu..begitu terasa menusuk di kalbu...bila membaca berita pemergianmu adik...al-fatihah buat  adik seperjuanganku.. 

Nurul Azani..sahabat yang sentiasa ceria..naqibah usrah yang sgt penyayang dan prihatin...moga dirimu ditempatkan dikalangan hamba Allah yang solehah..amiin.. 

Ya-Allah terimalah tetamu ini dengan rahmat kasih sayangmu.:(


Anak arwah Nurul Azani yang tabah setabah ibunya, meski masih kecil dan tidak mengerti apa-apa bahkan mungkin masih belum mengerti erti sebuah kematian dan kehilangan, tetapi anak ini tidak pula menangis atau merengek-rengek meminta ibunya seperti kebiasaan anak kecil lain. 

Ya Allah, berkatilah anak ini dan jadikanlah dia anak yang tabah dan mujahidah yang kuat seperti ibunya. :(

Anak Allahyarham Nurul Azani. Tabahnya hatimu wahai anak.
Yang pergi sudah pergi, hari mereka telah tiba. Kita yang masih diberi kesempatan hidup ini, bagaimana pula?

Amalan tidak seberapa, dosa dan maksiat, alpa dan lalai, leka dengan nikmat dunia pinjaman sementara.

Bagaimana akhirnya hidup kita esok hari kita yang tentukan. Kerana hakikatnya hidup ini adalah sebuah pilihan. Kita yang memilih, jalan syurga atau jalan neraka. Nauzubillah.
Tiada siapa memilih untuk pengakhiran yang buruk namun tanpa sedar amal perbuatan kita sehari-hari yang menjerumuskan kita kepada jalan yang bukan pilihan. Diulang-ulang kesilapan, lalu dikesalkan, lantas diulang lagi. Benarlah kita ni manusia, bukan malaikat; imannya bertambah dan berkurang. Namun Allah maha Pengasih, pintu taubatnya sentiasa terbuka untuk kita. Moga pintu itu sentiasa terbuka untuk kita. ^0^

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI