Batu Caves : ADUN Batu Caves,
Amiruddin Shaari hari ini menyelar sikap Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sering
melontarkan fitnah kepada pembangkang.
Amiruddin, ADUN Bt Caves menyampaikan sumbangan pada Surau dan masjid |
Rakyat sudah faham sangat taktik
blogger dan tentera-tentera upahan maya
Umno untuk meraih sokongan adalah dengan menggunakan fitnah lucah.
Lihat saja baru-baru ini, blogger Umno sebar gambar aksi seks wanita bertudung daripada laman lucah Arab untuk memfitnah kononnya gambar itu merupakan aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS.
Lihat saja baru-baru ini, blogger Umno sebar gambar aksi seks wanita bertudung daripada laman lucah Arab untuk memfitnah kononnya gambar itu merupakan aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS.
Rupa-rupanya kontraktor upahan Umno Datukk Hasan Ali juga menggunakan taktik yang sama untuk meraih sokongan iaitu menggunakan fitnah lucah yang menjijikkan terhadap Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Amiruddin “kita telah dengar
dalam youtube ceramah JATI penyatuan ummah dan isu akidah. Datuk Hasan Ali begitu bersungguh-sungguh, sampai
terjerit-jerit menuduh Azmin Ali berkongsi isteri.
Kononnya persatuannya, JATI tidak mahu bersekongkol dan bekerjasama dengan
Azmin Ali yang berkongsi isteri”.
Selain itu, Datuk Hasan Ali turut menyeru penduduk Gombak agar jangan memilih
Azmin Ali kerana menurutnya perbuatan itu dikira bersyubahat.
Sayang sekali, ilmu tinggi tapi akal cetek, kenyataan
tersebut memang niat jahat”, ujar Amiruddin selepas Majlis Perasmian Ihya
Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan RM2000 setiap Surau dan RM1000
untuk Masjid sekitar DUN Batu Caves di Pusat Komuniti Taman Selayang,
disini semalam.
Menurut
Amiruddin, PAKATAN Rakyat kesal dengan
tuduhan fitnah yang direka tanpa membawa
saksi dan bukti yang kukuh telah tersebar
luas dalam laman youtube blogger pro UMNO baru-baru ini.
Katanya,
“Datuk Hasan Ali kena tahu salah satu akhlak
dalam perjalanan undang-undang Islam
ialah Islam menjaga maruah setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengaibkan
sesiapa. Tak guna kalau beliau berhujah
tengtang akidah, penyatuan ummah dalam masa sama buat fitnah”.
Apakah beliau lupa Firman Allah
SWT, “Mereka yang menuduh
perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat
buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80
kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik." (An-Nur :23:4)
Saya
teringat ketika beliau menjadi
pesuruhanjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam, setiap kali Datuk Hasan Ali adakan
ceramah, beliau sering kata, “Fitnah
adalah pakaian orang UMNO sekarang
beliau juga sikap seperti UMNO kerana suka membuat fitnah”.
Usia
semakin senja, sewajar nya Datuk Hasan Ali perlu banyak ibadat, perlu banyak
bertaubat bukan menjadi pemfitnah.
Beliau
menambah, “walaupun Datuk Hasan Ali
sering menafikan yang beliau bukan agen UMNO tetapi kita sering nampak beliau dengan pimpinan-pimpinan UMNO dengan menyertai
ceramah-ceramah parti kompenon UMNO.
Sudah
jelas, Datuk Hasan Ali sudah jadi kuda tungangan dan perkakas UMNO. Beliau merelakan dirinya jadi peralatan
semata-mata kepentingan peribadinya”, ujar
Amiruddin.
Semenjak
Datuk Hasan Ali mengada “roadshow” didapati ceramah tersebut sering gagal dan
tidak mendapat sambutan masyarakat.
Terbaru ceramah yang diadakan di
perkarangan perumahan Taman Amaniah, Batu Caves juga gagal, rakyat tidak hadir.
Rakyat sudah mual dengan fitnah yang dilontarkan.
Ceramah
beliau yang kononnya untuk menyatukan perpaduan ummah dan akidah umat islam
tidak mencapai matlamatnya dan sudah jelas ia adalah ceramah motif untuk
menjatuhkan PAKATAN Rakyat.
Isu akidah
yang dibangkitkan tidak di tunaikan.
Janji untuk dedah berapa ramai umat Islam rosak akidah tidak juga
dilaksanakan.
Soal
beliau, “apakah fitnah-fitnah yang dilontarkan Datuk Hasan Ali itu mampu
menyatukan ummah?”
Justeru,
saya harap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UMNO dan JATI yang dipimpin
oleh Datuk Hasan Ali banyakan amal ibadah.
Hentikan segala politik kotor dan fitnah, yang tidak mendatangkan faedah
kepada masyarakat.
Datuk
Hasan Ali yang kita kenal dulu seorang pemimpin Islam, seorang pakar motivasi,
seharusnya gunakan kelebihan yang Allah berikan kearah kebaikan, kini beliau semakin jauh dan menjadi melayu mudah
lupa.
Beliau
banyak termakan propaganda umno, ucapan
dan kenyataan beliau 90 kerusi untuk DAP
akan bertanding dalam PRU 13 juga merupakan satu niat jahat, ujarnya.
Kalau
benar Datuk Dr Hasan Ali bukan agen UMNO,
seharusnya beliau tidak berada majlis-majlis UMNO. Apabila sudah
terlibat dengan umno, kita yakin rasuah, kianat akan jadi darah dagingnya.
“Saya
desak agar Datuk Hasan Ali hentikan fitnah tersebut,
jika tidak saya yakin beliau akan
disaman oleh pihak-pihak pembangkang”,
kata Amiruddin .
Majlis
di hadiri Pesuruhanjaya PAS, Dr Rani Osman, Ketua-ketua Kampung dan Ahli-Ahli
Majlis Zon Batu Caves dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadhan kepada 18 buah
surau dan 5 buah Masjid.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment