Setiawan
: Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar mendakwa ketika ayahnya memegang
jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah menolak tawaran biasiswa untuk dirinya ketika melanjutkan pelajaran ke Universiti
Teknologi Petronas (Petronas).
Nurul Izzah beri ceramah rakyat |
Hari
ini sejarah lama terukir kembali setelah beberapa belas tahun saya meninggalkan
UTP. Berbagai kenangan pahit manis disini mengetuk pintu hati saya.
Di
UTP, berlakunya politik kotor UMNO
apabila ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat jawatannya.
Sebelum
itu, kerajaan penah menawarkan bantuan
biasiswa kepada ayah untuk diberikan
kepada saya, namun ayah menolak kerana masih ramai rakyat yang susah perlu diberikan bantuan pendidikan, kata Nurul
Izzah dihadapan 2000 lebih hadirin dalam ceramah rakyat di Setiawan, Perak dalam keadaan hujan
lebat.
Menurut
Nurul Izzah, sikap tamak pimpinan UMNO dengan mengaut keuntungan harta Negara sehingga
kuota biasiswa untuk mahasiswa juga hendak diboikot.
“Katanya,
apakah slogan Rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan oleh UMNO benar-benar sesuai di gunakan?”.
Rakyat
yang susah untuk melanjutkan pelajaran perlu buat permohonan tetapi anak-anak
menteri begitu mudah dapat.
Pelajar
mahu belajar tetapi mereka perlu buat permohonan (Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Negara (PTPTN).
Antara pimpinan PAKATAN yang bakal berucap dalam ceramah Rakyat |
Beliau
mengulas lagi, di Turki selepas menang dalam pilihanraya 2002, Menterinya Reccep
Tayyip Edrogen pernah berkata, “saya tidak akan bangga menjadi Perdana Menteri
jika ada anak fakir miskin yang tidak mampu belajar sebab miskin”.
Lihat
bagaimana seorang Perdana Menteri sanggup korban dan rendah hati untuk rakyat,
bagaimana Menteri-menteri kita di
Malaysia?
Sekarang
Turki memberi pendidikan percuma daripada peringkat Sekolah Rendah sehingga ke
Universiti. Apakah Negara ini kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol??
Langsung tiada.
Di
Malaysia, petronas, minyak kelapa sawit semua ada. Untung Petronas sahaja RM80
billion. Jadi mengapa tidak mampu beri pendidikan percuma kepada anak-anak
rakyat Malaysia secara percuma. Pendidikan sangat penting.
PAKATAN
Janji, dan beri jaminan, jika menang PRU13, tahun itu juga kita lunaskan janji
beri pendidikan percuma, hapuskan PTPTN, Negara Malaysia tidak akan muflis
setelah dibuat kajian, kata Nurul Izzah
dengan sambutan tepukan gemuruh dan sorakan Takbir serta Reformasi.
Ceramah
rakyat dihadiri saf-saf pimpinan PAS, PKR, DAP Setiawan.
Editor
: Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment