Sunday, July 8, 2012

Bukti 3 Pelajar UNISEL Terima Anugerah, Hentikan Politik Dendam



 
GOMBAK:  Tiga pelajar  daripada Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima anugerah Skim Biasiswa Internship Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid, Dr Halimah menyampaikan replika cek pada pelajar cemerlang

Farahani Mohammed Zakaria, Nurul Nadiah Begum Sahabuddin Khan dan Azalea Ahmad Kushairi kesemuanya daripada jurusan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) berjaya memperoleh GPA 3.8 ke atas.

Profesor Dr Anuar  Ahmad,  Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) ketika ditemubual wartawan dalam Majlis Penerangan Geran Selangorku berkata, “setakat ini lima pelajar UNISEL telah berjaya mendapat pengiktirafan Kerajaan Selangor  Pakatan Rakyat kerana prestasi cemerlang sepanjang pengajian dan ketika menjalani latihan amali. 

“Sokongan ibubapa, berkat ilmu pensyarah dan kegigihan untuk ke peringkat sarjana, membolehkan tiga pelajar Universiti Selangor (UNISEL) cemerlang sehingga menerima anugerah  tersebut.

Ini jelas terbukti bahawa UNISEL mampu melahirkan pelajar yang berjaya setiap tahun walaupun terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan manpulasikan pelbagai  isu pada UNISEL”, kata Dr Anuar.

Menurut Dr Anuar, kelayakan dan pemilihan peserta dianjurkan oleh ELS Language Centre, sebuah isntitusi Francais dari Amerika Syarikat. 
Hardcore, Walaupun berdemam kuatkan hati meraikan mahasiswa.

ELS juga menyediakan pembelajaran Bahasa Inggeris khusus kepada mereka untuk menyambungkan pengajian di Amerika Syarikat. 

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali turut hadir Majlis Penyampaiaan Anugerah UNISEL berkata, “ saya harap kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar UNISEL lain untuk bersaing secara sihat dalam mencapai kejayaan.

“Besar harapan agar masyarakat luar meletakkan nama UNISEL sebagai Hub Pendidikan unggul serta pilihan utama rakyat negara ini dan luar Negara. 

“Segala kritikan tidak sihat, politik dendam  yang dilontarkan oleh pihak UMNO-BN pada Unisel perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat khususnya kepada mahasiswa.

Sikap parti UMNO inilah sekaligus memberi tekanan kepada mahasiswa yang ingin belajar dengan tenang tetapi telah diganggu untuk kepentingan parti mereka tanpa memikirkan masa depan mahasiswa, kata Dr Halimah di Dewan Majlis Perbandaran Selayang  (MPS) Taman Gombak, Greenwood, di sini kelmarin.


 Sementara itu Farahani Mohammed Zakaria bersyukur menerima anugarah ini dan menyifatkan kejayaannya atas usaha dan sokongan daripada semua pihak.

“Nasihat saya kepada pelajar UNISEL yang ingin berjaya supaya belajar dengan rajin dan serius,” katanya ketika ditemui.

Menurut Nurul Nadiah Begum, yang mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana, para pelajar diingatkan supaya mendapatkan keberkatan daripada pensyarah jika mahu berjaya.

“Saya sangat gembira menerima anugerah ini kerana bukan senang untuk mendapat anugerah seperti ini,” ujarnya.

Azalea Ahmad Kushairi, “sebagai Mahasiswa kami rasa terharu dengan anugerah yang diberikan, dan berterima kasih kepada semua pihak pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri Selangor yang tidak jemu membantu semua mahasiswa. 
Penerima Anugerah bergambar kenangan bersama saf pimpinan  PAKATAN Rakyat
“Isu PTPTN yang menjadi panas bulan lepas sepatutnya tidak di manupulasikan oleh pihak kerajaan  pusat yang sekaligus memberi tekanan kepada mahasiswa.

PTPTN penting kepada semua mahasiswa yang ibubapa mereka pendapatannya adalah rendah”.

“Bagaimanapun isu ini telah selesai dan diharap pihak berwajib tidak lagi memberi tekanan kepada mahasiswa lagi”, kata Azalea.

Hadir sama, Saf –saf pimpinan Kerajaan negeri Selangor, Ahli Majlis MPS Zon 11, Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abd Aziz.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI