Sunday, June 10, 2012

Sekat PTPTN -UMNO Amal Politik Dendam

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) adalah tindakan tidak professional dan mengamalkan politik dendam.


Katanya, sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Khalid wajar memikirkan nasib pelajar yang rata-ratanya adalah miskin bandar dan tidak berkemampuan.

“Kalaupun Khalid tidak bersetuju dengan kerajaan negeri untuk hapus PTPTN sekiranya menang dalam PRU13 nanti, Khalid tidak patut beri tekanan kepada pelajar pula," katanya selepas Mesyuarat Tunas di bangunan SUK, di sini hari ini.

Hadir pada mesyuarat itu ialah Pegawai Penasihat Dasar, Datuk Latifah Hassan, Setiausaha Kanan Exco Pendidikan, Azmi Talib, Wakil Persatuan Tadika Islam Selangor,  Ruzita Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan pusat  telah menjelaskan bahawa PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan.

Tambahnya, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri.

Ujarnya, kerajaan negeri tidak mahu pelajar dijadikan mangsa politik pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI