Friday, June 8, 2012

Menteri Pendidikan Tarik Balik Kenyataan PTPTN, Takut Siswa Protes



SHAH ALAM : Tindakan bolak balik(flip- flop) Kerajaan Pusat dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) terhadap mahasiswa baru Universiti Selangor(Unisel) dianggap sebagai tidak matang oleh mahasiswa yang ditemui.


Tinjauan media terhadap mahasiswa Unisel rata-rata kecewa dengan permainan politik murahan sebegitu.

Seorang pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan, S Jamunah,19, berkata, sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak wajar mencampuradukkan perbezaan pendapat politik sehingga bersikap diskriminasi terhadap golongan pelajar.

“Kami mohon agar janganlah dipolitikkan isu-isu pendidikan ini sehingga menjejaskan kami kerana kami masuk ke universiti bukan untuk berpolitik tetapi untuk belajar dan mengejar cita-cita kami.

“Tindakan ini juga tidak adil kepada kami sedangkan kami juga seperti pelajar-pelajar lain yang berhak untuk mendapat pinjaman bagi membiayai pendidikan kami apatah lagi kami juga bukan daripada golongan yang berada,” ujar

Amunah sambil berharap berita penarikan pembekuan PTPTN itu bukan drama politik semata-mata.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Anas Basir A. Bakar,19, meluahkan rasa kurang selesa dengan senario politik hari ini yang dilihat semakin sakit.

“Sejak isu pembekuan ini timbul, saya sememangnya tidak bersetuju dan membantah keras tindakan tersebut kerana merasakan semua ini sebagai permainan politik yang kotor dan lebih kepada dendam.


“Lebih menyedihkan, kami sebagai pelajar pula yang terpaksa menjadi mangsa politik tidak sihat sebegini sedangkan kami ini golongan yang seharusnya di beri perhatian tanpa sebarang prejudis kerana kami tunggak negara di masa hadapan,” luah Anas yang kini berada di tahun kedua jurusan perakaunan.

Ditanya pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma yang hebat dibincangkan akhir-akhir ini, Marfika Adnan Haris Fadzilah, 21, berkata, beliau bersetuju seandainya dasar berkenaan tidak membantutkan pembangunan serta kemajuan negara.

“Semestinya saya bersetuju seandainya ia benar-benar mampu dilaksanakan dan yakin dasar sebegitu pasti memberi manfaat kepada sumber tenaga kerja rakyat negara ini secara keseluruhannya,” kata pelajar jurusan kewartawanan yang berasal dari Perak ini.


Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dalam satu kenyataan mengumumkan pencairan aset hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu pelajar yang teraniayai akibat tindakan pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Unisel.

Bagaimanapun, seperti seperti diumumkan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad, pembekuan pinjaman tersebut secara rasminya balik dan pelajar-pelajar baru juga sudah boleh membuat permohonan pinjaman secara atas talian bermula semalam.

 Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI