Shah Alam : Exco Pendididikan Tinggi Pembangunan Modal Insan,
Dr Halimah Ali mengumumkan kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah
RM10,000 kepada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam
Malaysia (Mappim).
Beliau berkata kepada pemberita dalam Majlis Konvensyen
Pendidikan Islam 2012 dan pelancaran MAPPIM di Pusat Konvensyen Shah Alam, di
sini baru-baru ini.
Kata Dr
Halimah, “menerusi ‘Geran Selangorku’ insentif itu disifatkan sebagai permulaan
khusus buat MAPPIM melaksanakan aktiviti pertubuhan tersebut yang akan
diserahkan dalam tempoh seminggu lagi.
“Untuk peruntukan selanjutnya, saya beri tempoh
selama sebulan kepada MAPPIM bagi membuat kertas kerja secara rapi meliputi
perancangan, aktiviti dan latihan yang akan dilaksanakan khususnya di Selangor.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk
memartabatkan peranan guru dan ibu bapa di negeri ini”.
Beliau merangkap
ADUN Selat Klang menambah lagi, “selain itu, ia bagi melaksanakan perkongsian
ilmu dan persefahaman di antara PIBG sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia dan PIBG sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam (Jais) negeri”.
Dalam pada itu, Dr Halimah meminta agar semua
pihak termasuk ibu bapa dan guru dapat memainkan peranan mendidik generasi muda
khusunya belia supaya tidak terjebak dalam gejala sosial tidak sihat.
Ini kerana menurutnya, pembentukan sahsiah dan
jati diri yang baik akan melahirkan generasi berhemah tinggi.
“Gabungan ibu bapa dan guru ini mestilah diatur
dengan sistematik supaya matlamat kerajaan Selangor untuk melahirkan modal
insan yang berjaya dunia akhirat akan tercapai,” ujarnya.
Difahamkan majlis itu bertujuan untuk
menghimpunkan para guru, ibu bapa dan ahli PIBG serta individu dalam satu forum
ke arah memberi dan menerima idea-idea serta resolusi bersama dalam
memperkasakan pendidikan Islam di Selangor.
Hadir sama, ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan
Presiden MPPIBGS dan MAPPIM, Misswadi Sarbini.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment