Wednesday, June 27, 2012

Persoalan PTPTN dan Kedangkalan UMNO



Shah Alam : YDP PAS Shah Alam, Khalid Samad menempelak kepimpinan UMNO khususnya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin   yang telah mengumumkan bantuan PTPTN tidak lagi wujud untuk para pelajar UNISEL.

Khalid Samad berkata, “walaupun isu ini telah hampir sebulan berlalu, tetapi kerana tindakan kolot sebegini telah pun menjadi sebahagian dari modus operandi mereka sejak dari dahulu lagi.

“Tindakan yang dilakukan oleh UMNO kepada semua mahasiswa merupakan politik dendam dan kotor yang sanggup memangsakan rakyat semata-mata atas kepentingan politik UMNO.

“Pada masa yang sama juga ianya membuktikan tanpa syak lagi bahawa UMNO juga tidak mengambil berat bahawa tindakan yang diambil akan menjejas masa depan Majasiswa UNISEL yang majoritinya adalah Melayu.

Maka menjadi jelaslah pada semua, UMNO tidak memperjuangkan nasib Melayu tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah nasib UMNO. Dan apabila nasib UMNO terjejas, maka nasib Melayu sanggup dikorbankan oleh UMNO tanpa berfikir panjang”, katanya dalam kenyataan medianya di SUK Shah Alam, disini.

Menurut Khalid, tindakan mereka itu adalah bertujuan supaya kerajaan Negeri Selangor melutut merayu agar dibuka kembali peluang untuk mendapat bantuan PTPTN untuk para pelajar UNISEL.

Dengan itu akan ditempelak kerajaan Negeri Selangor dengan sombong berkata, “inilah buktinya! Kerajaan PR tidak mampu dan janji menghapuskan PTPTN adalah janji kosong semata-mata!”

Bagaimanapun,  UMNO dan Menteri Pelajaran terkejut-beruk  apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid mengistiharkan bahawa UNISEL akan jual asetnya sebagai usaha menampung kos pendididkan mahasiswa UNISEL sebaik sahaja isu PTPTN menjadi bualan pada bulan lepas.

Dalam keadaan itu, di mana kerajaan PR Selangor menangani permasalahan pinjaman PTPTN dengan sanggup membiayai para pelajar UNISEL dari sumber sendiri, maka UMNO terus bertindak menarik balik keputusan mereka.

Khalid merangkap Ahli Parlimen Shah Alam menambah lagi,  “Rakyat dapat menilai, UMNO semakin parah  dan kedudukan mereka di kaca mata rakyat, sekaligus  semakin naiklah imej kerajaan PR Negeri Selangor.

Untuk mengelak kerugian politik dan disebabkan itu semata-mata, maka keputusan itu ditarik balik dan Majasiswa UNISEL dibenarkan untuk memohon pinjaman PTPTN, ujarnya.

Dalam pada itu, Khalid berpendapat  UMNO sememangnya tidak memahami bahawa rakyat mempunyai hak dan segala cukai yang dikutip dari rakyat perlu digunakan dengan cara yang menguntungkan rakyat. Bukan digunakan sebagai kekuatan kewangan untuk mengugut atau merasuah rakyat supaya menolak PR atau menyokong BN.

Tuntutan supaya PR melaksanakan dasar pendidikan percuma di peringkat Negeri PR tidak masuk akal kerana sumbangan cukai dan pendapatan dari rakyat dan kesemua Negeri termasuk Selangor, telahpun diserahkan kepada pusat untuk melaksanakan dasarnya bagi setiap sektor termasuk sektor pendidikan.

Katanya, “Kerajaan  UMNO kurang mementingkan sektor pendidikan dan untuk menentukan sesuatu bajet yang tidak memungkinkan pendidikan percuma dinikmati rakyat.

“Ataupun, mungkin bajetnya cukup pada dasarnya tetapi disebabkan amalan ketirisan, kebocoran dan kronisma, maka ianya tidak mencukupi.

Dengan itu rakyat terpaksa berhutang, termasuk melalui PTPTN, untuk menyempurnakan proses pendidikan anak masing-masing”.

Justeru,  “saya menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa perlu yakin dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“InsyaAllah PR akan melaksanakan dasar pendidikan percuma sekiranya diberi amanah untuk memerintah di pusat.

“Ini adalah kerana kewangan peringkat Pusat adalah terdiri dari cukai dan pendapatan yang dikutip dari seluruh rakyat dan Negeri di Malaysia.

“Melalui kutipan ini maka Kerajaan Pusat perlu melaksanakan dasar pertahanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan awam dan lain-lain.

“Jumlah perbelanjaan bagi setiap satu sektor adalah bergantung kepada sejauh mana ianya dianggap penting dan keperluan asas bagi rakyat.

Bagi PR, pendidikan adalah di antara sektor yang diutamakan dan oleh itu sektor pendidikan akan diberikan bajet yang mencukupi demi menjamin terlaksananya dasar pendidikan percuma”, katanya.
 
Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI