Kesah
dipagi Jumaat di Masjid Tok Guru..Ini adalah merupakan suatu pemandangan
Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau
Melaka, Kota Bharu Kelantan.
Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh
Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji
Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur.
Para
jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu
menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi
Jumaat.
Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama
lebih daripada 34 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri
lain.
Kerinduan sering menerpa dalam diri, rindukan kuliah Tok Guruku..
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat.
Kerinduan sering menerpa dalam diri, rindukan kuliah Tok Guruku..
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat.
Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama
terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani
menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.
Tapi
rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya
cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup,
dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka- mereka lain yang
mengambil solat sahaja dari Islam.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat.
Kita banyak sangat fikir dunia
menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus.
Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita
perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan
terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi.
Itulah Akhirat. Kita
tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk
apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’.
Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak
semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
Sedikit suntikan rohani buat jiwa yang mencari kekuatan dan ketenangan..
Editor : Khaulah Azwar
Sedikit suntikan rohani buat jiwa yang mencari kekuatan dan ketenangan..
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment