Thursday, March 15, 2012

Himpunan Aman Bantah Kezaliman Dan Pembunuhan Rakyat Syria

Gombak, 16 Mac, 2012 : Pressien Ma’ruf Club IIUM , Amirudin Ismail menyeru seluruh warga UIAM dan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam Himpunan Aman Membantah Kezaliman Dan Pembunuhan yang berlaku di Syria.

Himpunan Aman ini akan diadakan pada hari ini, Jumaat, 16 Mac 2012, jam 2.45 petang di Kedutaan Syria, Jalan U-thant, Ampang, Kuala Lumpur menjukkan solidariti dan menyatakan sokongan kita kepada rakyat Syria.

Sudah lebih setahun isu kezaliman dan pembunuhan di Syria berlaku, namun kita kecewa dan terkilan masih tiada tanda ia akan surut, kata beliau dalam kenyataan rasminya hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun siri lontaran suara rakyat dan kecaman antarabangsa terus hebat diadakan namun tindakan ini tidak di endahkan.


Kekejaman dan kezalimin berlaku di bumi Syria menjadi saksi kekejaman berterusan regim Bashar al-Asaad terhadap rakyatnya sendiri.


“Saya percaya , keadaan ini dijangka akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama”.

“Janji yang ditaburkan oleh Bashar al-Asaad untuk mengadakan pilihanraya Mei depan tidak lebih sekadar untuk melunakkan keadaan bukannya datang daripada “political will” untuk benar-benar melakukan perubahan”.

“Kuasa luar pula sedang mengintai peluang dan menyusun strategi untuk mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku di bumi Syri”, ujarnya.


Justeru, saya mewakili Ma’ruf Club menyatakan pendirian Membantah dan menentang kekejaman kerajaan Syria dan mendesak Bashar al-Asaad supaya segera memberhentikan pembantaian terhadap rakyatnya.

Kami juga mendesak kerajaan Syria supaya menerima tuntutan rakyat dan segera melakukan perubahan untuk memulihkan pemerintahan kerajaan.

Bashar al-Asaad harus menyokong kebangkitan secara aman (tsaurah silmiyyah) oleh rakyat Syria, kata Amir.

Harapan kami, agar Bashar al-Asaad menerima memorandum ini demi keselamatan rakyat Syria.

Editor : Khaulah Azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI