Thursday, March 15, 2012

Exco Selangor Dakwa Kerajaan Pusat Sabotaj Kerajaan Negeri Bina Sekolah Cina

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa.Kerajaan Pusat cuba mengagalkan usaha Kerajaan Selangor untuk membantu sekolah Cina dan sekolah kanak-kanak autisme di Puchong dengan menolak permohonan pembinaan di saat-saat terakhir.

Beliau berkata, walaupun Kerajaan Selangor telah meluluskan tanah rizab 13 ekar di Taman Tasik Prima Puchong 23 September tahun lalu untuk pembinaan cawangan tiga sekolah, permohonan itu ditolak oleh Kementerian Pelajaran (KPM).

Tiga sekolah itu ialah SJKC Yak Chee (2), SMJK Katholik (2) dan Sekolah Kanak-Kanak Autisme.

Tambahnya, KPM menolak permohonan ketiga-tiga sekolah tersebut kerana mahu menggunakan tanah rezab itu untuk membangunkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) walaupun kawasan itu sudah mempunyai empat SK dan dua SMK.

“Pada 23 Sept 2011, Kerajaan Selangor telah meluluskan permohonan tanah lot bagi pembinaan. Tanah rezab sekolah tersebut masih belum dipohon oleh JKPTG (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian) dan masih di bawah Kerajaan Negeri Selangor,” kata Teresa merangkap Exco Kerajaan Selangor dan ADUN Kinrara.

Ujarnya, pada 30 Sept, Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada KPM menyatakan sokongan terhadap permohonan SJKC Yak Chee dan SMJK Katholik untuk membina cawangan dan memohon kementerian untuk mengeluarkan permit kepada sekolah-sekolah itu.

KPM menjawab Kerajaan Selangor dalam surat bertarikh 25 Nov dengan menyatakan bahawa KPM tidak dapat mempertimbangkan cadangan Kerajaan Selangor kerana mahu tanah tersebut bagi SK dan SMK Taman Prima Puchong.

“Cara KPM membuat permohonan di tanah rezab sekolah yang sama tersebut menunjukkan bahawa KPM memang tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah kekurangan sekolah Cina di kawasan Puchong dan Negeri Selangor.

“Mereka ingin sabotaj usaha Kerajaan Selangor,” kata Teresa, dalam kenyataan medianya bersama MP Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen.

Sepatutnya, kata Teresa, KPM membuat permohonan kepada Kerajaan Selangor untuk tanah itu jauh lebih awal dan bukan selepas Kerajaan Selangor telah memberi tanah kepada lembaga pengurus ketiga-tiga sekolah berkenaan.

“Kini, semakin ramai ibubapa kaum bukan Cina menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah Cina, ini bermaksud sekolah Cina bukan untuk pelajar kaum Cina sahaja tetapi ia telah menjadi sekolah pelbagai kaum,” ujar beliau dalam sidang media di SUK Shah Alam.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI