Tuesday, October 18, 2011

Rakyat dibebankan dengan kenaikan Tarif Elektrik-Nurul Izzah Anwar

Tmn Sri Sentosa : Kenaikan bil tarif elektrik secara mendadak yang berlaku akhir-akhir ini dibimbangi oleh penduduk di sekitar Jalan Kelang Lama.

John Paul Netto a/l John Alex Netto menetap di alamat 24-02-10 Pinang Apartment, Tmn Sri Sentosa kerap menerima kenaikan tarif elektrik melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan tersebut ketika bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya , “saya kerap menerima bil elektrik yang tidak masuk akal kerana saya jarang berada dirumah. Bulan Ogos 2011 bil elektrik RM223.14 dan pada bulan September, 2011 berjumlah RM334.95. Jumlah kenaikan ini membuatkan saya sekeluarga rasa curiga dan rasa benar-benar terbeban”.

Kenaikan tarif elektrik yang saya terima semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat”, kata John.

Lim Cheng Hock yang menetap di alamat 23-00-01, Taman Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama rasa terkejut dengan kenaikan bil elektrik yang di terima semenjak meter elektrik di tukar 3 bulan yang lalu.

Katanya , Apabila kita perhatikan, meter tersebut jalan begitu laju tidak seperti meter elektrik yang lama. Semua penduduk disini melahirkan rasa kebimbangan kenaikan tariff elektrik.

Di kawasan ini terdapat 7 buah block Apartment, bilangan penduduk disini lebih kurang seramai 590 penduduk yuang rata-ratanya berpendapatan rendah. Jika semua penduduk mempunyai masalah yang sama dengan kenaikan sebuah rumah RM102 sebulan saya rasa keuntungan yang TNB dapat sebulan lebih kurang RM 60,180.00 yang boleh dikongsi dengan Kerajaan Pusat. Apakah ini dinamakan kerajaan UMNO-BN lebih mengutamakan rakyat atau lebih utamakan kroni-kroni mereka.

Menurut Lim lagi, sebelum meter ditukarkan pada bulan Jun, 2011 bil elektriknya hanya berjumlah sekitar RM80 sebulan sahaja tetapi sekarang sudah melebihi jumlahnya iaitu pada bulan Julai sebanyak RM182. Jumlah kenaikan diberikan setiap bulan oleh TNB sebanyak RM102. Saya tidak faham mengapa penekanan diberikan kepada rakyat dengan kenaikan bil elektrik begitu tinggi. Kata Lim ketika ditemubual oleh media.

Pegawai TNB Pengurus Cawangan Lembah Pantai, Baharuddin berkata, isu kenaikan bil tersebut adalah sementara waktu bagi membuat penyelarasan tariff baru.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, perkara ini akan dibuat siasatan terlebih dahulu dengan pegawai TNB berikutan dengan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna setiap bulan yang begitu ketara. Kenaikan sekitar RM111.81 yang sudah pasti akan memberi bebanan kepada pengguna yang rata-rata bukan golongan berada. Selepas membuat siasatan kita adakan sidang media antara penduduk dan TNB untuk menjawab isu yang berbangkit.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu. Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis.

IPP membeli gas PETRONAS mengikut harga pasaran; Kemudian IPP menjual tenaga bersama kenaikan kos kepada TNB. Kos arang batu (TNB) dan gas (TNB dan IPP) disemak setiap enam bulan. TNB menjual tenaga kepada pengguna dimana harga jualan termasuk kos sendiri dan juga kos IPP.

Kesimpulannya yang untung IPP. TNB status quo dan yang rugi sememangnya kita….. RAKYAT!

Pada pendapat saya, pihak yang paling beruntung adalah kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib yang begitu bangga dengan laungan Rakyat didahulukan sedangkan kebajikan rakyat di pinggirkan.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan berkata lagi, “Apa tak untungnya! Subsidi dihapuskan kerajaan dapat jimat dana. Bila IPP dapat untung kerajaan pun akan menikmati cukai yang lebih banyak”.

Saya jangkakan begitu juga yang kerajaan dapat dari PETRONAS.

Sebelum ini kita dimaklumkan juga bagaimana Kerajaan Pusat (UMNO-BN) lebihkan syarikat-syarikat swasta menyebabkan pengguna terpaksa bayar elektrik jika 700 watt meter keatas tetapi bukan pihak IPP.

“Insya-allah, isu ini akan saya atasi sebaiknya. Untuk mengukuhkan aduan ini, saya harap penduduk dapat mengumpul beberapa bukti bil elektrik bersama beberapa penduduk lain yang mengalami masalah yang sama dengan mengemukakan surat aduan”.

Justeru itu bagi membela nasib rakyat disini, saya akan mengeluarkan surat aduan rakyat dan sokongan kepada TNB mengenai isu berbangkit, kata Nurul Izzah pada media.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI