Friday, April 15, 2011

SPR tidak membenarkan petugas mengiringi calon N3 Nani Shari

Tanjung Datu, 16hb April, 2011 - Suasana pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke 10, 2011 menjadi semakin hangat walaupun sebelah paginya suasana begitu tenang.

Bemula jam 8:00 pagi tadi, Calon N3 Tanjung Datu, Nani Sahari yang diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat, YB Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) telah bergerak ke Unit Peti Undi (UPU) 7, Kg Sebemban untuk bertemu petugas-petugas dan pengundi disitu. Disamping itu juga melihat senario mengundi di Sekolah Men. Keb. Lundu .

Media difahamkan oleh Pn.Sham yang merupakan petugas pilihanraya disitu melaporkan bahawa bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:20 pagi hanya seramai 253 pengundi yang telah keluar mengundi di lokaliti tersebut.

Beliau juga mengharapkan agar rakyat Sarawak yang masih belum menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi disitu dapat keluar dengan segera kerana tempoh akhir mengundi di lokasi ini akan berkahir jam 1.00 tengahari.

“Menurutnya lagi pada jam 10:30 pagi, petugas yang bertugas di bangsar panas di UPU Seling yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bumiputra Lundu, berlakunya satu halangan kepada petugas-petugas PR bersama Y.B Dr Hatta yang mengiringi calon (N3) , Nani Sahari oleh pihak SPR. Mereka tidak dibenarkan masuk kekawasan ini. SPR menyatakan sekiranya ramai yang mengiringi calon akan memberi gangguan kepada orang ramai yang datang mengundi”.

"Walaubagaimanapun Y.B Dr Hatta yang mengiringi calon, tetap masuk ke kawasan tersebut kerana mempunyai kuasa untuk mengiringi calon. Jumlah pengundi di lokaliti ini adalah seramai 904 orang".

Di UPU Stunggang yang merupakan kubu kuat UMNO-BN pula berlakunya kekecohan perang mulut oleh pihak lawan dan pembangkang. Katanya, sudah menjadi adat dalam pilihanraya dimana-mana sahaja pasti akan berlaku perang mulut untuk meraih undi namun ianya berjalan dengan baik tanpa berlaku cetusan provokasi mana-mana pihak, katanya.



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI