Thursday, November 24, 2011

Rakyat Mahu Program MammograSel di teruskan





Lembah Pantai : Seramai 27 orang golongan wanita berumur antara 35 – 65thn telah menerima rawatan MamogramSel yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Di fahamkan oleh petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, Jamilah Awang, walaupun program MammogramSel ini baru di laksanakan tahun lepas di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Selangor namun negeri Wilayah yang merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak ketinggalan menerima program kesihatan ini yang rata-ratanya mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma.

Jelasnya, mereka yang telah mendaftar diri untuk membuat pemeriksaan mamogramSel telah hadirkan diri jam 12 tengahari walaupun masa yag di tetapkan oleh pihak pengurusan PKM Lembah Pantai 1 tengahari. Ini menunjukkan mereka begitu berminat untuk mendapat khidmat kesihatan tersebut lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan pemeriksaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) adalah percuma, katanya.

Sehubungan dengan itu, Nurul Izzah pula berkata, program MamogramSel yang diadakan ini adalah merupakan program kali kedua tahun 2011 diadakan di sekitar Lembah Pantai mengikut tarikh dan masa yang telah di tetapkan oleh Forrest Medical Center.

“Saya mengalukan-alukan semua rakyat sekitar Lembah Pantai untuk mendaftar diri mereka untuk menerima rawatan percuma ini kerana jika mereka membuat pemeriksaan MammogramSel di luar sudah pasti dikenakan kos yang tinggi antara sekitar RM120 sehingga RM150 yang tidak mampu dibayar oleh rakyat lebih-lebih lagi rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang besar.

Menurutnya, Kerajaan negeri Selangor (PR) telah menjalankan kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat tanpa mengira kaum dan parti yang di sokong. Pemberian yang diberikan adalah percuma dan telah mendapat sambutan yang baik di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan semenjak kempen ini dilaksanakan.

Beliau mengulas, Mamogram adalah satu ujian x-ray khas untuk menghasilkan imej-imej terperinci payudara yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Ia adalah kaedah yang amat berkesan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal.

Pemeriksaan ini dilakukan oleh jururadiografi ia akan menghasilkan imej payudara yang kemudian akan diproses secara digital dan di cetak dalam filem. Hasil tersebut Doktor Pakar Radio logi akan meneliti filem-filem itu untuk mengesan mereka mengalami penyakit payudara, samada kanser atau sebaliknya, kata Izzah.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan juga menjelaskan bahawa risiko ini selalu berlaku kepada wanita berumur 40 tahun keatas, sejarah kanser payudara atau ovari dalam keluarga yang pernah menghidapi kanser payudara, baligh awal sebelum 12 atau menoupose lewat 55 tahun keatas, berat badan yang berlebihan, wanita yang melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun keatas dan wanita yang tidak mempunyai anak.

Justeru itu, saya harap semua rakyat tidak ketinggalan untuk mengikuti program mammogram yang di anjurkan oleh Kerajaan PR kerana pemeriksaan yang diberikan percuma termasuk kos pengangkutan yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO-BN), kata Izzah yang turut hadir membawa rakyat untuk membuat pemeriksaan di Forrest Medical Group, Kepong.

Rodziah Abd. Latif 40thn ketika ditemubual berkata, program yang dianjurkan oleh Kerajaan PR amat baik sekali dan tidak pernah di terima semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

Informasi program MamogramSel ini telah diwawarkan oleh PKM, Lembah Pantai dan diharap program ini terus dilaksanakan.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan tersebut masih belum di ketahui dan Doktor menyatakan akan dapat dalam masa 3 minggu, kata Rodziah.

Therasa a/p ambrose 61thn pula mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai yang tidak putus mengadakan program untuk membantu rakyat tanpa kira kaum dan parti.

Sebelum ini saya tidak pernah menerima pemeriksaan percuma seperti yang dianjurkan oleh Kerajaan PR, tetapi 3 thn lebih PR perintah rakyat dapat menikmati berbagai bantuan seperti bantuan pendidikan, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Kesihatan percuma dan sebagainya.

Akan datang saya harap program ini diteruskan untuk membantu rakyat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, tidak bekerja untuk membiayai kos mammogram yang jika di buat pemeriksaan di Hospitaldan klinik akan dikenakan bayaran RM120 tetapi program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor adalah percuma dan saya amat berpuas hati, kata Therasa.

Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI