Wednesday, November 23, 2011

ADUN SARAN IBUBAPA, GURU, MASJID ADAKAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Bandar Baru Bangi : Lajnah Sukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, PC HAPM, Kelab Bola Sepak Wateran Taman Bangi Tiga dan HITACHI telah menganjurkan Karnival Futsal Junior yang diadakan dua kategori iaitu A bawah umur 12 tahun dan B bawah umur 10 tahun.

Dahari Embong, Pengarah Peraduan Futsal berkata, tujuan mengadakan pertandingan ini bagi mengumpul para pelajar dengan melibatkan diri dalam sukan sempena cuti sekolah. Disamping itu mengasah bakat mereka dalam sukan.

“Alhamdulilah semenjak kita naikkan banner pertandingan Futsal Junior telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan para pelajar. 20 pasukan telah mengambil bahagian. Antaranya pasukan yang yang terdiri daripada Kumpulan A dari Strike Force, Super Triple 9, LBJB All Stars, Pelangi Semenyih dan Seksyen 7”.

Tiap pasukan ini dipilih menentang pasukan yang dipilih dari pasukan Angry Birds, LBJB A, Super Junior, L.A.Galaxy dan Bangi 3 F.C.

Manakala Kumpulan B terdiri dari Sunway Semenyih, Citra F.C, Shabu-Shabu F.C dan Perdana F.C melawan pasukan-pasukan LBJB B, Taman Sri Haneco, Seksyen 7 dan Pelangi Semenyih, kata Dahari pada media.

Jelasnya lagi, kebanyakan pasukan adalah dari Bandar Baru Bangi. Dua pasukan teratas bagi setiap kategori layak ke peringkat separuh akhir dan yang menang dari setiap pasukan layak memasuki peringkat akhir.

Saya juga berpuas hati dengan semangat kesukanan yang di tunjukkan semua pasukan dengan semangat setia kawan tanpa mengcantas antara satu sama lain.

Akhirnya pertandingan bagi umur bawah 10 tahun Johan di menangi oleh LBJB B (Hijau) dengan membawa pulang wang tunai RM200 , medal dan hamper dan Naib Johan LBJB A dengan membawa pulang wang tunai RM100 , medal dan hamper.

Manakala bagi peserta umur bawah 12 tahun dimenangi Johan Super Triple 9 (Kuning) dengan membawa pulang wang tunai RM200 , medal dan hamper dan Naib Johan Citra FC(Merah) dengan membawa pulang wang tunai RM100 , medal dan hamper. Bagi pasukan tempat ketiga dan empat diberikan hadiah medal dan hamper, kata Dahari.

Sehubungan dengan itu, ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang merasmikan majlis penutup pertandingan Futsal merakamkan terima kasih terutama kepada semua pihak terlibat yang sudi memberi kerjasama untuk menganjurkan pertandingan Futsal secara sihat.

Katanya, `Kegiatan sukan adalah antara kegiatan utama diberi perhatian oleh ADUN kepada kalangan remaja sebagaimana diadakan pada hari ini.

“Banyak lagi kegiatan yang boleh dibuat untuk meraikan cuti sekolah ini bersama semua pelajar agar masa mereka di manfaatkan sebaiknya antaranya kem motivasi, Back To School, Penyampaian Hadiah Cemerlang, Remaja Masjid-Surau, Acara Khatam Quran dan Berkhatan”.

Jelasnya lagi, ibubapa penjaga seharusnya merancang awal aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh anak-anak mereka kerana cuti akhir tahun yang mengambil masa sebulan akan membuat anak-anak akan rasa bosan jika ibubapa tidak merancang aktiviti yang bermanfaat.

Suka saya sarankan juga agar ibubapa /penjaga, pihak Sekolah atau PIBG dan pelajar sendiri seharusnya menyusun kegiatan aktiviti yang terancang agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti kurang sihat.

Program seperti ini bukan sahaja terletak pada ibubapa/penjaga, Sekolah dan pihak PIBG tetapi wakil rakyat, masjid dan surau juga seharusnya merancang aktiviti cuti sekolah untuk pelajar antaranya melibatkan anak-anak dengan aktiviti sukan, Kerja Amal, program bersama badan-badan NGO, kata Dr Shafie dengan menyamapaikan hadiah kepada semua pemenang.

Editor: Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI