Wednesday, September 21, 2011

Nasib Peniaga Medan Selera Bangsar akan dibela- Nurul Izzah.

Bangsar : Sungguh menjijikkan apabila medan selera untuk menikmati makanan tidak disediakan pasarana yang baik, apatahlagi dari sudut kebersihannya yang sekaligus amat membimbangkan kepada semua pengunjung.

Dengan keadaan yang kotor boleh menjejaskan kesihatan pengunjung dan terjejasnya pendapatan semua peniaga disini. Walaupun sudah kerap kali dibuat aduan kepada pihak berwajib tetapi semuanya menghampakan.

Mohd Rani B Rawino, 30th, menjual makanan berlauk selama 20thn disini melahirkan rasa tidak puas hati dengan “service” yang diberikan oleh Persatuan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata, “ selama saya berniaga disini dilihat keadaan pasarana kurang memuaskan. Tandasnya yang sangat kotor, tidak menyediakan sinki paip, sampah, bumbung mengalami kebocoran dan sebagainya. Dengan keadaan pasarana yang kotor sudah pasti akan hadirnya anasir-anasir seperti tikus,lipas yang boleh mengundang penyakit kepada pengunjung jika peniaga tidak menjaga kebersihan bersama.

Saya sudah banyak kali buat aduan kepada Persatuan Penjaja Medan Selera Bangsar semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN) tetapi tiada tindakan diambil.

Setelah tidak diambil tindakan kami usulkan kepada DBKL untuk membina bumbung tersebut tetapi amat terkilan kerana bumbung tambahan yang di pasang tidak mengikuti spasikalasi yang telah ditetapkan menyebabkan air hujan mengalir melimpah dalam bangunan. Semua kerusi, meja mengalami basah menyebabkan tidak ramai pengunjung yang datang ke sini".

Azmi Salleh , 61thn yang sudah memulakan perniagaan semenjak lima tahun yang lalu pula berkata, dengan pembayaran sewa RM650 sebulan rasa tidak memberi keuntungan yang besar kepada perniagaannya disini. Dengan masalah air yang melimpah ke bangunan ini menyebabkan pengunjung ramai yang lari.

Pengunjung juga sering mengadu kerana tempat kami tidak menyediakan sinki yang sempurna kerana tidak ada batang paip disini.

Seorang pengunjung yang sedang menikmati makanan disini,Nurul Faridah melahirkan rasa terkilan kerana medan selera yang dahulu ramai membuka peniagaannya disini telah berpindah ke kawasan lain,mungkin dengan “service” yang diberikan oleh Persatuan Penjaja dan DBKL kurang memuaskan menyebabkan ramai peniaga berpindah.

Apa yang saya dapati terdapat peniaga asing yang mengambil alih untuk beroperasi disini. Selain daripada itu,penyediaan air basuh tangan dengan menggunakan baldi tidak memberi keselesaan kepada pengunjung.

“Kita tidak tahu adakah air yang ditadah dengan menggunakan baldi ini bersih atau tidak. Walaupun peniaga ada menyediakan sinki tetapi batang paip pula tiada.

Oleh itu saya harap dengan lawatan turun padang oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai di sini dapat menyelesaikan isu yang timbul kerana disini ramai pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Abu Bakar Al-Sidiq juga akan mengunjung ke tempat ini . Bimbang dengan masalah yang dihadapi akan terjejasnya kesihatan mereka”, kata Nurul Faridah.

Sementara itu pula, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pula berkata, segala masalah yang timbul selepas kita buat lawatan disini dengan bertemu peniaga dan pengunjung, insya-allah akan diambil tindakan segera.

“Kita akan berhubung dengan pihak pengurusan dan pihak berwajib di sini untuk berbincang bagi atasi kemelut yang dihadapi oleh peniaga terutamanya menyediakan sinki paip. Kita akan minta mereka Tampal bagi bumbung yang mengalami kebocoran sekian lama sehingga banyak bumbung mengalami kebocoran yang teruk.

Saya difahamkan oleh Peniaga disini, DBKL bagi alasan bangunan ini dirobohkan semula untuk penyelengaraan tetapi dalam masa yang sama semua peniaga dikenakan bayaran sewa dan penyelengaraan yang tinggi RM650 tidak termasuk air dan elekrtrik. Ini sekaligus memberi tekanan yang hebat kepada peniaga disini sedangakan pengunjung tidak begitu ramai disini. Setakat ini, hanya lebih kurang 50 gerai sahaja yang beroperasi daripada 200 gerai.

“Saya akan usulkan isu ini ke Pengusaha Bangsar Village yang bertanggungjawab untuk atasi isu ini dengan segera”.

Mengulas lanjut, selain daripada itu, Medan Selera Bangsar ini dibawah penyelengaraan pihak swasta. Saya fikir boleh diteruskan.

Saya harap mereka dapat memberi kerjasama dengan semua peniaga kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil akan memberi tekanan kepada mereka sedangkan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) amat menggalakkan semua rakyat khususnya kepada belia melibatkan diri dalam perniagaan bagi menaiktraf ekonomi pendapatan keluarga.

Saya tidak mahu dengan tindakan oleh oleh pihak berwajib memberi tekanan kepada semua peniaga disini, insya-allah pembelaan akan diberi kepada mereka, ujar Nurul Izzah Anwar.

Insya-allah dalam masa yang terdekat kita akan adakan mesyuarat bersama Persatuan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpurm(DBKL), kata Nurul Izzah petang semalam ketika membuat lawatan turun padang di Medan Selera Bangsar dengan membuat edaran kad jemputan Majlis Rumah Terbuka Lembah Pantai yang akan diadakan pada 24hb September, 2011 jam 8:00 – 11:00 mlm kepada semua rakyat disitu.

Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI