Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperlekeh intelek rakyat Malaysia apabila menghalang stesen televisyen menyiarkan hebahan khidmat awam (public service announcement, PSA) 'Undilah'.
Kempen 'Undilah' terbitan Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia 16 September lalu merupakan klip video mengajak rakyat malaysia keluar mengundi dan disertai oleh tokoh-tokoh tanah air tanpa mengira parti politik.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan melahirkan rasa terkejut dengan pengharaman itu, Nurul yang merupakan salah seorang yang menjayakan video tersebut berkata, usaha pihak penerbit amat bagus untuk mengukuhkan proses demokrasi di Malaysia.
"PSA ini yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak (non-partisan) untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong," kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh media malam tadi di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal 'demokrasi terbaik' di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.
Justeru, beliau menggesa SKMM menjelaskan sebab arahan pengharaman tayangan video tersebut.
"Saya memohon SKMM untuk menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan, malah memohon agar SKMM menterbalikkan arahan tersebut dan mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini.
"Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air," katanya.
Video 'Undilah' turut disertai Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khali Samad dan beberapa pelakon tempatan.
Editor : khaulah Azwar

No comments:
Post a Comment