Thursday, August 11, 2011

Ibu Tunggal terharu terima bantuan RM1000 untuk mulakan perniagaan


Gombak Utara : Segala penderitaan yang dirasai selama ini akhirnya terlerai juga apabila rayuan bantuan sumbangan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan sempena Ramadhan tercapai. Masalah kewangan yang dihadapi seorang ibu tunggal mendapat perhatian dan simpati daripada seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Zaliha Ramli berusia 65thn seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak dan 20 orang cucu berkata, Hasil bantuan sumbangan RM1000 yang diterima telah memberi sinar baru dengan membeli peralatan membuat kuih raya (oven elektrik) dan bahan kuih raya. Hasil tersebut akhirnya dapat membuat 7 Jenis kuih sebanyak 3000 balang untuk dipasarkan.

“saya tidak menyangka sama sekali permohonan bantuan modal untuk membuat kuih Hari Raya mendapat perhatian AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali. Banyak tempat sudah saya cuba untuk meminta bantuan sara diri akhirnya di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia yang sudi membantu saya. Walaupun bantuan modal pusingan yang diberikan RM1000, bagi saya ianya amat berharga dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan”, katanya dengan linangan airmata ketika wartawan bertandang petang semalam dirumahnya yang jelas kelihatan seorang asnaf yang perlu diberikan bantuan.

Beliau yang kehilangan suami semenjak 30thn yang lalu kini hidup menumpang tanah dirumah adiknya dengan membina sebuah rumah kecil hasil daripada wang simpanan pekerja ketika beliau bekerja di sebuah syarikat. 3thn yang lalu beliau juga telah kehilangan penglihatan yang tidak tahu apa puncanya. Dengan penderitaan kesakitan yang ditanggung akhirnya beliau tidak mampu bekerja lagi. Atas keperihatinan seorang individu beliau telah menerima rawatan pembedahan untuk memulihkan penglihatannya kembali.

Warga emas ini yang tidak mampu bekerja lagi , dirinya disara oleh salah seorang anaknya yang juga tidak mempunyai pendapatan yang baik. Menurut Zaliha, anaknya bekerja seorang pemandu lori hanya memperolehi pendapatan sebulan RM1200 untuk menanggung 5 orang anak.

“Tekanan ekonomi kami amat dirasai lebih-lebih lagi kenaikan harga barang yang kini semakin melonjak dan kadangkala tidak mampu untuk membeli barang keperluan dapur membuat kami kadangkala terpaksa ikat perut.

Keperluan barangan sekolah anak-anak mereka perlu dicukupi terlebih dahulu demi memastikan anak-anak mereka mendapat Ilmu yang baik dan Berjaya dalam pelajaran. Rumah yang dibina ditanah tumpangan ini juga berkongsi bekalan Elektrik dan bekalan air yang diambil daripada rumah anak saya”, katanya dengan sebak.

Banyak kali saya cuba membuat permohonan bantuan di Pusat Zakat Selangor (PZS), permohonan saya sering di tolak. Ianya sungguh mengecewakan. PZS memberi alasan saya dibawah tanggung anak-anak. Adakah mereka mengerti dan melihat kesusahan yang kami tanggung?. Anak-anak saya mempunyai tangungan tersendiri, duduk jauh daripada saya. Kita ingin minta bantuan mereka pun rasa tidak sanggup kerana pendapatan mereka ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kadang-kadang kami terpaksa ikat perut menahan lapar. Untuk meminta-minta kepada orang lain sering sahaja di cemuh masyarakat.

Zaliha juga mempertikaikan kemanakah wang zakat yang diberikan oleh masyarakat kepada PZS untuk membantu fakir miskin. Mengapa begitu sukar untuk mendapat bantuan daripada PZS dengan meletakkan berbagai syarat, sedangkan wang zakat yang diberikan oleh masyarakat perlu diagihkan dengan sebetulnya dan layak memberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Media di fahamkan oleh beliau, setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakt (JKM) sahaja yang memberi bantuan sebanyak RM90 sebulan.

“Bantuan yang diterima RM90 benar-benar tidak mengcukupi untuk menampung kehidupan harian saya, apatah lagi jika saya diserang sakit. Dengan kesusahan ini, tahun lepas UMNO-BN Gombak ada menganjurkan Program Hapus MiskinTegar dan ingin memberi bantuan rumah PRT. Mereka ada memberi saya borang dengan menyarankan agar saya menyertai program ini dengan mengisi borang tersebut. Saya ikut arahan mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang bantuan diberikan oleh UMNO-BN. Saya tidak tahu untuk apa borang tersebut diisikan tanpa sebarang bantuan diberikan”, katanya dengan penuh kesal.

“Rasa malu semakin menebal dihati apabila sering meminta bantuan kepada badan tertentu dan masyarakat. Tetapi apakan daya demi untuk memperolehi bantuan saya terpaksa menebalkan muka untuk mengharapkan ehsan orang ramai walaupun sukar untuk mendapat hasilnya. Akhirnya perjalanan permohonan bantuan saya terhenti di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia ketika mengikuti Program yang dianjurkan oleh ADUN Gombak Setia untuk memberi bantuan fakir miskin, ibu tunggal dan OKU di Masjid Zakaria Bt 8. Saya menerima bantuan wang tunai RM200, cenderahati dalam program yang dianjurkan. Saya bertemu dengan Datuk Hasan minta belas ehsan kepada beliau dengan menceritakan keadaan diri saya dan keinginan untuk memulakan perniagaan. Saya membuat permohonan bantuan disini dengan mengambil masa sehari proses. Dalam tempoh 3 hari, permohonan saya diluluskan sebelum menyambut Ramadhan dengan menerima wang tunai RM1000. Saya rasa terlalu bersyukur kepada Allah SWT akhirnya doa saya selama ini didengari juga olehNya”.

Katanya lagi, “Datuk Hasan menasihatkan saya agar jangan berputus asa untuk teruskan kehidupan. Mungkin ramai lagi orang lain yang mengalami kesusahan. Sebagai ADUN disini, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu rakyat yang mengalami kesusahan. Datuk juga meletakkan harapan agar bantuan diberikan dapat mengembangkan perniagaan seterusnya selepas Hari Raya dengan mencari alternatif lain untuk memajukan ekonomi diri agar masyarakat tidak memandang seorang kepada kita”.

“Datuk juga banyak memberi nasihat yang saya kira amat bermakna antaranya, Allah berfirman yang bermaksud iaitu orang yang bertaqwa orang yang berinfaq (bersedekah) baik pada waktu lapang mahupun waktu sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah amat mencintai orang yang membuat kebaikan. Kata-kata ini sungguh menyentuh hati saya untuk sentiasa perbaiki diri dan sentiasa membantu orang lain juga.

Beliau merakamkan Terima kasih kepada Datuk Hasan atas keperihatinan yang diberikan dengan membantu meringankan beban saya. Zaliha berpendapat semenjak PR mentadbir negeri selangor, kebajikan rakyat dibela.

"Datuk Hasan merupakan seorang pemimpin yang sangat disegani, beribawa, berjiwa rakyat dan mempunyai kelebihan yang banyak yang diberikan oleh Allah. Sifatnya yang mudah didekati semua golongan tanpa kira parti, bertemu rakyat membuatkan ramai penduduk Gombak merasa bangga mempunyai pemimpin yang beribawa. Semoga beliau akan terus memberi khidmat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dan Berjaya dunia akhirat dalam membantu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Insya-Allah segala nasihat dan pandangan yang diberikan akan digunakan sebaiknya dengan harapan yang tinggi semoga saya mampu mengembangkan perniagaan saya selepas ini seperti yang diharapkan oleh Datuk,” kata Zaliha.


Editor : khaulah azwar

2 comments:

  1. salam bleh sya dptkan info lebih lgi atau nombor utk dihbungi

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Maaf mengganggu, saya Mohamad Akmal Bin Che Halim iaitu wakil dari Q-Plex Communication Sdn. Bhd.
    Untuk makluman tuan/puan, pihak kami kini sedang membuat rakaman Dokumentari Seteguh Hati Seulas Kasih. Oleh itu, pihak kami sedang mencari ibu-ibu tunggal (kematian suami) atas keteguhan dan kesabaran, mereka telah berjaya dalam hidup dan dapat membesarkan anak- anak melalui sumber rezeki perniagaan kecil-kecilan atau perindustrian kecil sederhana. Justeru itu, seandainya tuan/puan mengetahui sebarang maklumat mengenai ibu tunggal seperti berikut bolehlah menghubungi saya ditalian
    01124321692 ( AKMAL ) Terima Kasih atas bantua

    ReplyDelete

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI