Thursday, July 14, 2011

“Masalah Banjir Kampung Changkat Selesai”



Kg. Changkat, Gombak : Lebih daripada 10thn yang lalu penduduk sekitar Kg. Changkat di kawasan Lot 3756 dan 2123 menanggung masalah banjir yang besar sehingga setiap kali waktu hujan air longkang akan naik ke tanah perkuburan islam di Kg Changkat dan semua rumah penduduk setinggi paras lutut.

Meskipun banyak aduan telah diberikan oleh penduduk kepada pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO-BN) yang ketika itu di urus oleh Yuszahari Yusof, namun masalah banjir tidak dapat diatasi sebaiknya.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau hanya membina parit yang kecil walaupun tuan tanah telah membenarkan kepada ADUN terdahulu untuk membina parit namun tidak dimanfaatkan sebaiknya. Kerja menaiktaraf yang dilakukan Ibarat melakukan kerja seperti batuk ditangga untuk menutup mulut penduduk sekitarnya.

Mohd Razak Abd Hamid, 72 thn yang merupakan tuan tanah berkata, “masalah banjir sekian lama yang berlaku di Lot 3756 daripada simpang tiga akan mengalir ke Lot 2123 telah dibuat aduan kepada ADUN terdahulu namun mereka hanya membina longkang yang kecil sahaja yang tidak meleraikan segala kemulut masalah yang kami hadapi selama ini”.

“Kita sudah beri laluan kepada ADUN terdahulu untuk mereka membina perparitan di lot tanah saya seluas 1 ekar yang terdapat 100 buah rumah dan kira-kira lebih kurang 1500 buah ahli keluarga disini bagi membantu untuk mengatasi masalah banjir ini tanpa dikenakan bayaran. Niat hati saya untuk mewakafkan tanah ini untuk kegunaan masyarakat lebih-lebih lagi terdapat tanah perkuburan islam disini”.

“Namun amat dikesali mereka (ADUN BN) hanya mengatakan kita akan tembuskan tanah dan bina longkang yang kecil tanpa penutup agar air tidak naik melimpah dan berlakunya takungan air” .

Beliau mengulas lagi, setiap kali hujan lebat pasti air longkang akan naik ke tanah perkuburan islam yang merosakkan batu nisan dan tanaman disini.

Kini alhamdulilah masalah banjir akhirnya terlerai juga akhirnya apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, aduan ini kita telah berikan kepada Ketua Kg. Changkat Zainal Abidin Abu Bakar untuk di usulkan kepda Exco kerajaan Negeri Selangor Hal Ehwal Islam Infrastruktur Kemudahan Awam, Y. Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Walaupun mengambil masa sedikit tetapi kami sebagai penduduk disini berpuas hati dengan tindakan yang diberikan sehingga pembinaan perparitan “monsoon u” dibina sepanjang 180m dan sedalam 3 kaki.

Masa yang diambil tindakan adalah sebulan lebih untuk melakukan kerja menaiktaraf perparitan yang bermula bulan Mei, 2011 dan siap dibina pada akhir Jun, 2011. Semenjak perparitan ini dibina tiada lagi masalah banjir berlaku. Rata-rata penduduk disini merasa lega segala masalah yang ditanggung selama 10 thn lalu terlerai juga.

Sementara itu, Ketua Kg Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar pula berkata, “alhamdulilah segala masalah penduduk disini akhirnya dapat diselesaikan dalam masa tempoh yang singkat. Segala pembinaan perparitan ini telah mendapat kerjasama dengan Perancangan Luar Bandar (PLB) dengan menelan belanja kira-kira RM50 Ribu ringgit.

Saya mewakili ADUN Gombak Setia merakamkan terima kasih kepada tuan tanah En. Razak, dan keluarga allahyarham Jaafar Abdullah kerana membenarkan longkang tersebut dibina di tanah mereka walaupun pada asalnya mereka berdua tidak memerlukan longkang tersebut. Tetapi disebabkan untuk berbakti dan melakukan amal jariah maka diberikan laluan projek longkang tersebut kepada ADUN dan PLB untuk meneruskan menaiktaraf kerja perparitan.

Selain daripada itu, saya difahamkan oleh tuan tanah ada pihak yang cuba mengcetuskan provokasi pembinaan perparitan ini. Mereka merasa tidak berpuas hati dengan perparitan yang dibina meskipun kawasan ini adalah milik tuan Razak dan keluarganya.

Seharusnya mereka tidak perlu mempunyai sifat irihati dengan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan PR untuk membina projek ini kerana sepanjang 50thn UMNO-BN memerintah mengapa mereka tidak mengambil kisah masalah penduduk disini. Setiap kerja mereka lakukan hanya ala kadar yang sering membuat penduduk mengalami kerugian besar setiap kali banjir berlaku.

Amat mengecewakan kita semua, apabila tanah perkuburan islam seluas 3 ekar sering dilimpahi air najis akibat parit yang dibina terlalu kecil. Rata-rata mereka yang menempatkan jenazah di tanah perkuburan disini datang daripada kawasan Kg. Simpang 3, Kg. Changkat, Kg. Kerdas dan Kg. Tengah.

Berbagai rungutan yang saya terima daripada penduduk apabila mereka datang ziarah ke tanah perkuburan melihat air bertakung, batu nisan rosak dan sebagainya setiap kali hujan. Menurutnya lagi, setiap kali hujan pasti air akan naik sedalam tiga kaki atau paras lutut. Segala tanaman penduduk disini mengalami kerosakan akibat banjir besar disini. Penduduk juga sering diserang demam denggi disebabkan takungan air dan longkang yang sering tersumbat akibat sampah sarap terdapat di longkang tersebut.

Oleh yang demikian, saya sebagai Ketua Kampung disini menyelar tindakan mereka yang cuba-cuba membuat provokasi murahan untuk mengcetuskan pergaduhan sedangkan segala masalah banjir yang menghantui penduduk disini sudah selesai dan penduduk rata-ratanya bersyukur diatas pembinaan parit ini.

Apabila kita diberikan amanah seharusnya kita melakukan yang terbaik dengan menjaga kebajikan dan memberi khidmat kepada masyarakat adalah lebih baik daripada kita suka membuat provokasi yang tidak mendatangkan manfaat. Kurangkan bercakap banyak melakukan kerja dengan menghasilakan produk yang kualiti, katanya ketika membuat lawatan turun padang bersama Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Wakil Penduduk setempat, Ketua kg. Simpang Tiga, Jabatan Kerjaraya (JKR) dan (PLB) kelmarin untuk melawat tapak pembinaan perparitan yang telah siap dibina.



Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI