Saturday, April 16, 2011

Tidak ada Kelulusan Menerokai Tanah di Kg Sepakat Jaya, Wira Damai


Kg Sepakat Jaya, Wira Damai - En. Zuhudi Ahmad, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) hari ini membuat pertemuan dengan media bagi menjawab dan menafikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y. B Amiruddin Shari meluluskan mana-mana pihak menerokai tanah untuk menaiktaraf perumahan di kawasan ini.

"Media difahamkan oleh Zuhudi pada tahun 2009 ada rakyat di Kg Wira Damai yang majoritinya adalah mereka yang sangat dikenali dalam PEKIDA datang bertemu dengan pihak kami untuk meminta (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari memberi sokongan untuk membina rumah. Surat yang dibawa ke Pejabat PKM adalah sokongan bukan surat mohon kelulusan. Ini amat berbeza mungkin mereka tidak faham maksud "sokong" dan "memberi kelulusan".

Dengan perkara yang berlaku maka 2 bulan yang lalu, kami telah menerima beberapa aduan dari penduduk menyatakan kawasan tersebut telah di terokai oleh pengusaha yang tidak dikenali untuk membina rumah. Kita tidak pernah melantik mana-mana pihak pemaju dan kontraktor untuk mengusahakan tanah ini kerana tanah ini adalah tanah kerajaan.

Tanah tersebut telah disifarkan oleh pemerintahan kerajan terdahulu dengan membayar RM7 ribu setiap orang penduduk rumah setinggan pada tahun 2005 namun masih ada yang berdegil masih menduduki kawasan ini. Kebanyakkan mereka yang telah berpindah sudahpun memiliki rumah dengan pampasan yang diberikan.

Menurutnya, aduan yang telah diterima daripada penduduk sebanyak tiga kali dan Ahli Majlis MPS Zon 8, Lim Chin How juga telah menerima maklumat ini.

Lim Ching How, Ahli Majlis MPS Zon 8 ketika ditemui di tempat kejadian menyatakan bahawa, terdapat beberapa orang penduduk disini telah dikenakan bayaran oleh pihak pemaju sebanyak RM5000 untuk mendapatkan hak tanah mereka disini. Sebanyak 40 buah lot tanah telah dipecah-pecahkan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Saya pelik, mengapa penduduk perlu membayar duit sebanyak itu kepada pemaju kerana pemaju telah menceroboh kawasan tanah kerajaan. Mereka meneroka tanah ini tanpa mengikut prosedur yang betul", katanya.

3 bulan yang lalu kita juga difahamkan, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah merancang untuk menaiktaraf kawasan ini dengan menjadikan projek ladskap pelancongan Fasa ke 2 yang telah digazetkan. Projek tersebut adalah Kompleks Pelancongan Guan Damai, katanya.

Lim telah mencadangkan agar semua penduduk yang masih duduk di tanah ini jangan mudah terpedaya dengan pihak kontraktor dan pemaju dengan membuat bayaran kepada mana-mana pihak. Kita tidak melantik mana-mana pihak untuk memungut duit kepada rakyat.

Kita akan buat siasatan lebih terperinci hal ini, jika mereka masih meneruskan agenda memungut duit kepada rakyat, maka kita akan laporkan kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Pengusaha kontraktor tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mencerobohi kawasan dan memungut duit rakyat untuk kepentingan peribadi mereka.

Jika penduduk diugut oleh pihak pengusaha maka mereka perlu membuat laporan polis. Dalam masa terdekat ini pihaknya akan membuat penyemakan status tanah ini di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG).

Saya juga amat berharap agar pihak penguatkuasa MPS, Pejabat Tanah juga membuat pemantauan yang kerap agar tidak berlaku pencerobohan dengan sesuka hati. Jika tidak dibuat pemantauan maka mereka dengan begitu sewenang-wenangnya menerokai tanah walaupun tanah tersebut milik kerajaan.

Menurutnya kawasan ini tidak sesuai dinaiktaraf untuk perumahan kerana apabila kita teliti dengan betul struktur tanahnya tidak sesuai untuk membina rumah lebih-lebih lagi ianya berbukit yang boleh meragut keselamatan penduduk. Jika berlakunya hujan lebat sudah pasti tanah runtuh akan berlaku.

Nasihat saya agar pengusaha kontraktor tersebut seharusnya meneliti terlebih dahulu adakah setiap sesuatu projek perumahan yang hendak dibina di kawasan berbukit ini sesuai atau tidak. Jangan hanya mengaut keuntungan sahaja tanpa meneliti kesan dan risiko yang dihadapi oleh penduduk pada masa akan datang.

Katanya, kita juga sudah berusaha menghubungi dengan pihak pengusaha kontraktor tersebut namun gagal dihubungi. oleh itu, kita harap pihak kontraktor terbabit dapat tampil dan berurusan dengan ADUN Batu Caves dan saya bagi mengatasi isu ini dengan sebaiknya demi keselamatan penduduk.

Sementara itu Tn Ahmad Zahrin Bin Mohd Saad, Pegawai Daerah Tanah Gombak (PTDG) ketika ditemui di pejabatnya petang semalam berkata, "tiada sebarang kelulusan diberikan oleh mana-mana pihak pemaju dan kontraktor untuk mengusahakan tanah tersebut di kawasan Kg Sepakat Jaya, Wira Damai, Fasa ke 2 ".

"Sungguh saya tidak tahu hal ini, jika pihak media tidak bertemu dengan saya sudah pasti mereka akan meneruskan kerja-kerja haram ini. Insya-allah dalam masa terdekat ini, kita akan buat operasi dengan menghantarkan wakil pejabat tanah untuk turun padang melihat kawasan tersebut".

Menurutnya bagi mereka yang telah menceroboh kawasan tanah kerajaan tanpa mengikut prosedur yang betul mereka akan dikenakan tindakan undang-undang dalam seksenyen 425 Kawasan Tanah Negara (KTN), katanya.

Bagi penduduk yang telah membuat bayaran kepada pengusaha tanah tersebut dengan jumlah RM5000, pihak kami (pejabat tanah) tidak mampu buat apa-apa kerana itu luar bidang kuasa kami.

Sepatutnya penduduk juga harus membuat tindakan bijak dengan memaklumkan kepada kita atau pihak penguatkuasa jika ada kemusykilan tetapi terjadi sebalik. Rugi atau untung mereka sendiri yang akan menanggung risikonya kerana perkara tersebut telah berlaku dan kita tidak mengetahui hal ini. Kita harap rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan semua pihak penguatkuasa agar memudahkan urusan siasatan.

Katanya, terdahulu kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mempunyai 10 kumpulan yang aktif namun terkini hanya 4 sahaja yang benar-benar aktif bagi memberi kerjasama membuat pemantauan kes kecurian pasir. Antara kawasan yang aktif di kawasan Bt 29, Bt 30, Batu Lima dan Kundang.

Setakat ini (2011) kes kecurian pasir di Negeri Selangor khususnya tidak berlaku lagi dengan begitu banyak. Paling kurangpun satu atau dua, itupun kes tersebut tidak dapat dikesan kerana apabila kita siasat tempat kejadian tiada berlaku kes kecurian pasir. Kita anggap mereka yang membuat kerja nakal dan tidak bertanggungjawab ini tidak mendatangkan manfaat mana-mana pihak.

Terus terang saya katakan semenjak saya mengambil alih bertugas disini, dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar (MB) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, "alhamdulilah kita dapati isu ini diatasi dengan bijak sekali sehingga tidak banyak berlaku kes kecurian pasir".

Ini amat berbeza semasa pemerintahan terdahulu dimana kes kecurian pasir banyak berlaku pada tahun 2004-2005.

Dalam mesyuarat juga Tan Sri Khalid sering mengingatkan kepada kita bahawa tanah kerajaan tidak boleh diusahakan atau dimasuk dengan sesuka hati oleh mana-mana pihak. Jika mereka memasuki kawasan tersebut maka mereka adalah penceroboh dan akan didakwa di mahkamah.

Mereka perlu ikut prosedur dengan betul bukan main langgar sahaja. Bagi mereka yang langgar prosedur, pejabat tanah akan mengenakan kompaun sebanyak RM25 ribu (maksima) / LA dan lori mereka akan di bawa ke Pejabat SUK untuk siasatan.

Untuk mendapatkan lori mereka kembali maka pemilik tersebut berurusan dengan pihak mahkamah. Setakat ini tidak berlaku lagi, katanya.

Matlamat pejabat tanah juga adalah untuk mencegah kes kecurian pasir ini terus berleluasa dengan memberi kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kita bersedia memberi khidmat terbaik dengan menyediakan pasukan-pasukan yang sediada di PTDG.

Pasukan yang dilantik ini adalah mereka yang bertanggungawab, amanah, dam komited dalam menjalankan tugasan mereka. Kita akui sebelum perlahihan kerajaan, mungkin ada segelintir kakitangan di pejabat tanah telah mejalankan tugas dengan tidak amanah namun mereka telah kita singkirkan. Insya-ALLAH dibawah pemerintahan Kerajaan PR yang mengamalkan ketulusan mentadbir negeri untuk kepentingan rakyatnya ianya tidak akan berlaku lagi katanya dengan penuh keyakinan.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI