Batu caves - Hanya tinggal 3 hari lagi rakyat Sarawak akan menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri ke 10 yang menentukan masa depan mereka.
Siti Zailah Mohd Yusof Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, “Kita merayu semua pengundi-pengundi Sarawak perlu membuat perubahan yang besar pada 16hb April, 2011 yang merupakan tarikh penting buat mereka semua setelah sekian lama negeri itu yang ditadbir oleh UMNO-BN dibawah Pengurusan Taib Mahmud tidak membuat sebarang perubahan untuk membantu rakyat disitu. Taib yang merupakan seorang Penyamun terbesar tidak layak menjadi pemimpin negara kerana tidak dapat menguruskan pentadbiran negeri dengan baik bahkan kebajikan rakyatnya terabai”.
“Ini jelas terbukti, setelah sekian lama mentadbir negeri itu beliau hanya mengaut keuntungan untuk dirinya, dan kaum keluarganya. Sarawak bumi kaya tetapi sayang rakyat terus miskin derita”.
Kita dengar suara hati rakyat Sarawak dalam tempoh kempen yang telah dijalankan. Semakin hari, rakyat disitu semakin marah dengan apa yang berlaku malahan isu yang dimainkan oleh UMNO-BN dengan memainkan isu video seks untuk menjatuhkan ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) juga, tidak menjadi modal terbaik untuk mempengaruhi rakyat Sarawak. Begitu jahat sekali UMNO –BN dengan mengaibkan orang lain untuk mendapat kepercayaan rakyat kepada parti mereka.
Zailah berkata, sepanjang tempoh kempen bertemu rakyat di Negeri Sarawak, Antaranya pengakuan pengundi-pengundi disitu “menyatakan semua isu UMNO-BN tidak masuk akal. Kita sudah lama hidup menderita. Rakyat Sarawak sudah tahu tektik kotor UMNO-BN dengan sanggup membuat apa sahaja. Jadi isu-isu yang digunakan dalam kempen ini tidak diterima. Bahkan sepanjang Taib mentadbir negeri ini Kebajikan rakyat disini tidak dijaga walaupun sudah disuarakan kepada UMNO-BN.
Setiap rungutan, rayuan kami tidak diendahkan sama sekali. Riwayat pemerintahan Taib yang zalim ini harus ditamatkan. Biarpun bendera-bendera dipasang sekeliling rumah pengundi tetapi percayalah hati kami sudah tawar untuk menerima Taib UMNO-BN. Kami inginkan pemimpin muda yang beribawa, jujur, amanah sentiasa mengutamakan rakyatnya bukan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya. Kami orang Sarawak sudah pasti akan mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya ini”.
Zailah yang ditemui dalam usrah Muslimat DUN Batu Caves kelmarin di Pusat Komuniti MPS Cawangan Tmn Selayang berkata“Kita pasti rakyat seluruh Malaysia sudah mengenali Taib Mahmud. Rahsianya telah terbongkar dalam PRK ini. Beliau mempunyai harta kekayaan yang merimpah ruah di bumi Sarawak dimana-mana sahaja tidak kira didalam negara mahupun diluar negara yang berbentuk harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatnya”.
Dengan pengakuan dibuat oleh pengundi-pengundi Sarawak kita harap rakyat malaysia dapat merasai penderitaaan rakyat Sarawak ini. Perubahan peralihan pentadbiran ini perlu dibuat samaada dalam PRK Sarawak mahupun Pilihanraya Umum (PRU ke 13) yang bakal menyusul dalam bulan Jun, 2011.
Rakyat Malaysia seharusnya sedar sepanjang 50thn pentadbiran UMNO-BN, Semua kekayaan yang mereka ada, sebenarnya adalah hasil Negara yang telah dicuri semasa mereka mentadbir Negara tanpa disedari oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ditindasi dengan berbagai cara berikutan dengan kenaikan harga barang, petrol dan sebagainya.
Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan berbagai isu yang melanda dinegara ini bukan hanya mengharap media yang dimiliki oleh UMNO-BN. Mereka seharusnya mencari media alternatif untuk membuat perbezaan pentadbiran UMNO-BN dan PR serta isu-isu yang berlaku.
Saya juga menyeru semua penyokong-penyokong dan AJK pengurusan Parti dibawah Pemerintahan PR harus mengaktifkan gerak kerja mereka. Kita benar-benar tidak ada masa untuk berisitirehat lagi kerana PRU 13 semakin hampir.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment