Tmn Selayang, Batu caves - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan melampau beberapa media cetak dan elektronik yang menggambarkan kematian Pegawai Kanan Kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamed, 56thn sebagai mati bunuh diri dan seumpamanya.
Tindakan yang tidak bertamadun ini, akan memberikan prejudis dan persepsi buruk kepada Allahyarham dan keluarganya.
Zaidy Abdul Talib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) ketika menghubungi media di Tmn Selayang hari ini berkata, “ Mengikut syariat islam, bunuh diri adalah suatu perkara yang dikategorikan dalam dosa-dosa besar dan syirik serta sesetengah ulama’ ada mengatakan ia tidak boleh disempurnakan jenazahnya seperti sediakala mengikut amalan islam”.
Kita difahamkan oleh keluarga dan rakan-rakan, allahyarham adalah seorang yang beragama yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya dan beliau akan menunaikan haji di makkah pada tahun ini.
Menurutnya lagi sebelum beberapa jam kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.
Jika difikirkan, mana mungkin seorang melayu islam yang taat beragama, rasa dan mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya.
Kami daripada DPPNS menyangkal kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur dan tidak bersetuju sama sekali dengan yang mengatakan buat masa ini kematiannya adalah ‘Sudden Death’ kematian mengejut. Kami harap siasatan dan postmorterm sewajarnya di lakukan secara terperinci sebelum apa-apa keyataan di keluarkan.
Selain daripada itu, kami juga dimaklumkan beberapa rakan sejawatnya juga telah dikasari oleh pihak SPRM semasa siasatan dan sesetengah daripada mereka telah melaporkan kepada pihak PDRM.
Oleh itu, kami mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini agar lebih telus dan akan memberi keadilan untuk semua, katanya.
Berikutan dengan insiden yang berlaku ini, insya-allah kami daripada DPPNS bersedia menyalurkan bantuan dan kebajikan serta berbentuk material dan guaman bagi meringankan keluarga dan menuntut pembelaan yang adil dalam menyelesaikan kes ini demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarganya dari tohmahan.
Rentetan daripada itu, Kami dari DPPNS memohon semua masyarakat Selangor dan Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberikan syurga dan redha Allah, juga kesejahteraan dan ketenteraman kepada keluarganya, Al-fateha.
Editor :khaulah azwar

No comments:
Post a Comment