Friday, April 8, 2011

ADUN Seru Petugas & Penyokong PR pertingkatkan Usaha mutu kerja untuk pertahankan Kerjaan PR


Batu Caves-Sempena Pentadbiran 3thn Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak melepaskan peluang untuk turut mengadakan Majlis Makan Malam bersama pegawai dan kakitangan awam daerah Gombak malam tadi di Selangor Culture Cove, Batu Caves.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Exco Kerajaan Negeri Selangor , Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Y.B Amiruddin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon Gombak & Batu Caves, Pegawai-pegawai Pejabat Tanah, Pegawai Pusat Zakat Selangor (PZS), Ketua-ketua Kg. Zon Batu Caves dan Gombak , Nazir-Nazir Masjid, Penghulu Kg, Pengerusi-pengerusi PeBT Zon Batu Caves.

Berkata ADUN Batu Caves Y.B Amiruddin Shari, "tujuan kita mengadakan majlis makan malam bersama pegawai dan kakitangan awam daerah gombak adalah dengan hasrat yang murni untuk bersama rakyat DUN Batu caves bersama saf-saf pimpinan di DUN ini agar dapat mengenali antara satu sama lain lebih rapat dan kita tidak mahu agar rakyat merasa terasing dengan pucuk pimpinan di DUN Batu Caves" .

Disamping itu juga adalah mewawarkan kepada rakyat dengan kejayaan pencapaian yang telah diperolehi oleh Kerajaan PR sepanjang 3 thn mentadbir Negeri Selangor. Dengan kejayaan pentadbiran ini rakyat selangor telahpun menerima berbagai imbuhan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500, Air percuma 20ml, sumbangan anak masuk ke IPT RM1000, Sumbangan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) RM100 dan sebagainya yang telah berjaya dilaksanakan dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu.

Katanya, "Kejayaan ini tidak akan diperolehi jika tidak mendapat kerjasama semua pihak terutamanya saf-saf pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Pengerusi Pebt, Nazir-nazir masjid, Ketua-ketua Kg, Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) dengan sokongan bersama daripada MPS, JKR, Pejabat Tanah bagi memastikan misi visi pentadbiran kerajaan PR tercapai untuk membantu rakyat selangor khususnya. Jesteru itulah perlu adanya sambutan 3thn PR bagi menghargai kerja-kerja semua pihak dengan memberi anugerah kepada mereka semua yang telah memberi kerjasama dengan penuh komited".

Walaubagaimanapun saya amat berharap kita semua tidak meletakkan diri ke zon selesa sehingga terlupa untuk meneruskan tugas dengan penuh komited memandangkan UMNO-BN kini semakin terdesak dan mereka sangup melakukan apa sahaja untuk meyakinkan rakyat kembali. Mereka sedang rancak melakukan gerakkerja yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Dengan berbagai fitnah dilontarkan sehingga rakyat menjadi keliru.

Jesteru itu, harapan saya semoga semua penyokong-penyokong, petugas PR memaxsimakan segala gerakkerja bagi mempertahankan kemenangan ini dalam PRU ke 13 demi membantu rakyat selangor yang sering ditindasi oleh pemerintahan Kerajaan UMNO-BN. Sekarang bukan masanya untuk kita berlengah masa lagi kerana PRU ke 13 akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Kita ambil positif apa yang dikatakan oleh UMNO-BN dengan penuh yakin 9 kerusi di DUN Negeri Selangor akan dirampas kembali. Dengan kata-kata itu juga anggap ianya sebagai cabaran kita bagi mematahkan semangat mereka dan ianya sebagai satu omong kosong dan tidak akan berlaku. Kita perlu terjaga daripada lamunan ini dengan membuat semakan kembali dimanakah gerakkerja yang masih belum dilaksanakan. Sekiranya kerja-kerja seperti cula undi, edaran risalah masih banyak belum dilakukan maka seharusnya kita merancakkan kerja ini kembali dengan kesatuan hati daripada parti pakatan rakyat (PAS, PKR dan DAP), katanya.

Majlis makan malam ini juga menjadi semakin meriah dengan diserikan Persembahan Kebudayaan, Persembahan Nyayian kumpulan nasyid, bekas penyayi kumpulan U-Topia (Afifi), cabutan bertuah dan diadakan juga penyampaian Anugerah Cemerlang diperingkat DUN Batu Caves. Anugerah Ahli Majlis MPS/JKP jatuh kepada Zon 12 , JKKK terbaik Kg Sg Tua Baru, Masjid Jamek terbaik jatuh kepada Masjid Tmn Amaniah, Surau terbaik diperolehi oleh surau Al-Ehsan Kg Baru Batu Caves, dan PeBT terbaik jatuh ke tangan Zon 14.

Hj Ruslan Ahmad AJK Masjid Tmn Amaniah, "Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program Makan Malam sempena 3thn PR Selangor memerintah. Dengan mengadakan program ini dan pemberian anugerah sekaligus memberi suntikan kepada semua saf-saf pimpinan samaada peringkat pengurusan Ahli Majlis MPS, Masjid, Surau, Ketua kg, Pengerusi PeBT".

"Harapan kita semoga dengan anugerah yang diberikan oleh ADUN dan Kerajaan Negeri PR, kita harap mereka yang dilantik akan terus pertingkatkan kerja lebih mantap dari semasa ke semasa. Bagi yang tidak memperolehi kejayaan teruskan usaha dan membaiki mutu kerja yang lebih baik. Tanggungjawab diberikan amatlah berat kerana ianya merupakan satu amanah ALLAH swt kepada kita apabila telah diberikan Jawatan. Tahniah dan syabas buat semua saf pimpinan Kerajaan PR yang begitu komited dalam mentadbir negeri dan semua saf piminan Masjid Amaniah yang tidak jemu-jemu mengimarahkan masjid dengan menjadikan satu pusat komuniti rakyat yang telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat semenjak PR memerintah. Ini amat berbeza daripada pengurusan pentadbiran terdahulu yang dimana AJK mereka terdiri daripada UMNO-BN, masjid dan surau menjadi suram kerana ketulusan mentadbir tidak dapat dirasai oleh rakyat ".

Hj. Ramli Jamaluddin Ketua Kg. Sg Tua Baru mantan Nazir masjid Jamaitussoleh berkata, "Alhamdulilah tanpa disangka saya terpilih untuk menerima anugerah ini. Macam tidak percaya apa yang berlaku namun pun begitu saya sangat terharu dengan anugerah yang diberikan oleh Y.B Amiruddin Shari. Semoga ianya menjadi contoh kepada ketua-ketua kampung yang lain untuk menjalankan tugas dengan penuh komited. Terima kasih kepada semua penduduk, AJK Masjid dan AJK Kg. yang telah memberi kerjasama dengan saya selama memegang jawatan sebagai Ketua Kg disini, katanya."

Mohd Razali Yusof PeBT 14 "Sukar untuk saya nyatakan kerana bagi saya semua PeBT di MPS adalah yang terbaik kerana kesungguhan pengerusi-pengerusi PeBT setiap Zon samaada diperingkat DUN Gombak, Batu Caves, Hulu Klang begitu terserlah. Kita lihat semuanya berpotensi tinggi untuk membimbing remaja dan beliawanis. Penilaian yang dilakukan adalah daripada pihak ADUN dan MPS sendiri. Penilaian dibuat dari sudut pengurusan pentadbiran pengerusi PebT dengan mempelbagaikan aktiviti-aktivi bagi mendekati golongan beliawanis. Terima kasih tidak terhingga buat semua saf pimpinan PR dan ADUN Batu Caves yang telah memilih PeBT Zon 14 terbaik yang tidak disangka sama sekali".

Hj Adnan Mohd Yatim Penasihat Surau Al-Ehsan, "Alhamdulilah syukur kepada ALLAH swt kerana sepanjang menjadi Jawatankuasa surau, ini baru pertama kalinya surau kami mendapat anugerah daripada Kerajaan PR. Amat berbeza semasa dibawah pemerintahan kerajaan terdahulu yang memerintah selama 50thn begitu sukar untuk memberi anugerah buat semua Jawatankuasa. Dorongan daripada ADUN dahulu sukar untuk kita perolehi dan menyebabkan AJK-AJK rasa tidak bersemangat untuk menjalankan tugas. Kita bukan tergilakan pangkat, anugerah tetapi perlu adanya penghargaan kepada AJK yang dilantik sebagai suntikan motivasi dan menghargai semua kerja mereka dalam menjalankan tugasan.

Katanya lagi, Surau Al-Ehsan memang terkenal dengan surau yang paling aktif kerana diadakan berbagai majlis ilmu dan program bagi mengimarahkan rumah ALLAH ini. Berbagai golongan yang hadir untuk mengimarahkannya. ADUN Batu Caves Y.B Amiruddin Shari juga kerap berkunjung ke surau -surau, masjid di DUN Batu caves untuk bersama jemaah. Dengan kunjungan ADUN untuk beramah mesra dengan rakyat, kita dapati beliau begitu mudah mesra alam. Dengan pendekatan ini membuatkan rakyat disini menerimanya dengan baik tanpa mengira perkauman dan parti. Semoga anugerah yang dinobatkan oleh ADUN ini memberi suntikan kepada semua saf pimpinan surau al-ehsan untuk peritngkatkan usaha kerja mereka dengan penuh komited, amanah, kreativiti dan integriti".



Editor Khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI