Wednesday, March 9, 2011

Pelancaran Pusat Komuniti Bukit Antarabangsa





Hulu Klang - Sempena 3 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah bagi memantapkan gerak kerja maka Pusat Komuniti Antarabangsa telah ditubuhkan baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.

Berkata, Azmin Ali "alhamdulilah dengan genapnya pemerintahan kerajaan PR, kita dapat menubuhkan satu Pusat Komuniti disini bagi membolehkan rakyat mengadakan berbagai aktiviti kemasyarakatan. Antaranya mereka boleh membuat sebarang aduan rakyat, mesyuarat, sukan, khidmat kaunseling, pendidikan, Kelas agama, mini cafe, dan sebagainya. Semoga semua rakyat dapat manfaatkan sebaiknya. Pusat ini telahpun mula beroperasi dan akan bermula jam 9:00 pagi sehingga 5 :30 petang".

Majlis tersebut juga telah diadakan berbagai program antaranya sukan rakyat. Dimana Y.B Azmin juga telah beramah mesra dengan rakyat yang hadir untuk bersama beriadah disini. Walaunpun beliau sibuk dengan tugas hariannya namun beliau sempat meluangkan masa bermain Pingpong bersama rakyat.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) En Kamri Kamaruddin berkata, "Majlis diadakan bagi melancarkan Pusat Khidmat Komuniti Bukit Antarabangsa di Pejabat JKP Zon 5 sekaligus mengadakan Jamuan Tahun Baru Cina bagi meraikan Kaum Thiounghua. Alhamdulilah kehadiran melebihi 300 orang".

Sepanjang program ini diadakan terdapat pelbagai gerai jualan. Tidak ketinggalan juga bagi mewawarkan informasi Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat, kami juga telah membuka kaunter MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) termasuk kaunter bayaran MPAJ. Ini adalah bertujuan bagi merakyatkan informasi serta menyediakan kemudahan penduduk yang hadir di majlis ini, ujarnya.

Turut hadir bersama bagi menjayakan Majlis Perasmian Pusat Khidmat Komuniti iaitu Y.B Zuraida Kamaruddin selaku Ahli Parlimen Ampang, Ahli-ahli Majlis MPAJ, Polis, Ketua-ketua Kampung.



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI