Wednesday, March 9, 2011

Genab 25 Tahun Al-Amin Menerajui Pendidikan Bersepadu




Gombak- Sedar tidak sedar sudah genab 25thn Pusat Pendidikan Al-Amin ditubuhkan. Sepanjang tertubuhnya Pusat Pendidikan tersebut berbagai ujian diberikan bagi mempertahankan pusat tersebut daripada diprovokasi berbagai pihak namun ianya semuanya telah dilalui dengan tabah dengan gandingan bahu dari semua guru-guru dan kakitangan.

Dengan sokongan inilah maka Pusat Pendidikan Al-Amin telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua ibubapa dan semakin bercambah dibeberapa cawangan. Sejajar dengan itulah pihak pengurusan Al-amin telah bersetuju mengadakan Sukan Temasya 25thn Jubli Perak pada baru-baru ini bagi mengingati sejarah buat semua warga Al-Amin dengan menghimpunkan ketiga-tiga buah sekolah untuk bersama menyambutnya.

Sempena 25thn Jubli Perak, Pusat Pendidikan Al-Amin telah mengihimpun ketiga-tiga buah sekolah yang melibatkan Sek. Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAG), Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak (SMIAG) dan Sek. Ren. Islam Al-Amin K.Lumpur. Majlis tersebut telah di adakan di Sekolah Al-Amin Gombak dengan dengan begitu meriah sekali.

Pengetua SRIAG, . Md. Zubir Osman berkata, "Kali terakhir kami berhimpun ialah pada tahun 1998 dengan mengadakan Temasya Sukan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara".

"Mungkin dengan kesibukan tugas harian sebagai pendidik membuatkan semua guru-guru tidak berkelapangan untuk mengadakan himpunan seperti ini".

Walaubagaimanapun, alhamdulilah dengan izin ALLAH swt 2011 pihak pengurusan Al-Amin bersepakat mengadakan sesi pertemuan dengan semua bekas-bekas pelajar, guru, ibubapa dan kakitangan Al-Amin . Pertemuan ini telah mendapat sokongan semua pihak.

Terdahulu sekolah ini hanya mempunyai bilangan pelajar seramai 76 orang dan 9 orang guru. Namun dari semasa ke semasa bilangan pelajar semakin meningkat seramai 2000 orang pelajar , guru dan kakitangan seramai 150 orang.

Menurutnya, "Bertepatan dengan sambutan 25 tahun Al-Amin pada 5hb Mac, 2011 , maka sewajarnya satu karnival sukan diadakan bagi menghimpunkan seluruh warga Al-Amin bagi menguatkan lagi komitmen dan sokongan semua pihak dalam membangunkan Al-Amin hingga ke puncak jaya".

Sehubungan itu, pihak sekolah juga berhasrat menghimpunkan seluruh murid, guru, ibu bapa, ahli lembaga, alumni serta semua warga Al-Amin semaksimum mungkin bagi menyemarakkan lagi sokongan terhadap sistem pendidikan bersepadu ini.

Serentak dengan itu juga satu pelancaran mengenai usaha kutipan dana yang disasarkan sebanyak RM1,111,111.11 menjelang 11.11.11. Dana tersebut telah dilancarkan dengan rasminya dalam majlis ini dan telah mendapat sebanyak RM3,000 lebih bagi membangunkan sekolah ini untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar-pelajar memandangkan penambahan murid semakin meningkat.

Katanya lagi , Sukan Temasya ini telah diadakan gimik perasmian yang telah di rasmikan oleh Sdr. Nor Azlan Abu Bakar (Bekas Pemain Hoki Kebangsaan, Mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik). Selain daripada sukan terdapat juga berbagai program yang disusun rapi iaitu perbarisan, pertandingan olahraga dan kokurikulum sama ada peringkat rumah sukan atau peringkat sekolah. Diadakan juga persembahan-persembahan pelajar - pelajar SRI dan SMI, acara banin dan banat bagi memeriahkan suasana himpunan ini katanya ketika ditemubual oleh wartawan jejak ilmuan.

Pn Noraini Mahat, Guru SRIAG berkata, "alhamdulilah kita bersyukur kepada ALLAH swt segala perancangan bagi menghimpunkan semua warga al-amin, alumni, kakitangan dan ibubapa telah berjaya dilaksanakan".

"Dengan pertemuan seperti ini maka kita diberi peluang untuk bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang telah berjaya mencipta kerjaya mereka setelah keluar daripada Al-Amin.

Jalinan Ukhwwah sesama insan bertaut kembali. Disamping itu, dengan himpunan ini juga kita dapat mewawarkan kepada rakyat yang hadir pada hari ini mengenai Sekolah Al-Amin yang jauh, terselindung di kawasan hutan dan ditenggelami berbagai sekolah, dan uniersiti".

"Terdahulu hanya Sekolah ini sahaja wujud namun dengan pembangunan yang semakin pesat maka terdapat berbagai pusat pendidikan disini".

"Semoga hasrat murni guru-guru dan kakitangan Al-Amin untuk mengumpul dana sebanyak RM1,111,111.11 menjelang 11.11.11 tercapai. Bagi yang berminat untuk membuat sumbangan pembangunan ini boleh membuat bayaran kepada TABUNG PEMBANGUNAN AL-AMIN, BIMB NO: 1416 2010 010934", katanya ketika ditemubual oleh wartawan jejak ilmuan petang semalam.





Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI