Tuesday, March 22, 2011

Padang Bola Sepak DUN Batu Caves dinaiktaraf


Tmn Amaniah , Batu Caves – Meluntur buluh biar dari rebungnya. Inilah dididikan yang diberikan oleh En Yusri Kamaruddin kepada anaknya Mohd Syami Adli B. Mohd Yusri 11thn daripada Sek. Ren. Keb. Tmn Sri Gombak.

Mohd Syami telah bergiat aktif dalam pasukan bola sepak Premier Football Kids Academic ketika usianya 7thn. Ketika usia semuda 4thn lagi ayahnya telah mengajar mencintai bola sepak. Beliau telah memenangi beberapa pertandingan bola sepak yang telah dianjurkan oleh pasukan Premier Academic dan peringkat sekolah dengan memenangi beberapa pingat.

Syami yang ketika ditemui baru-baru ini sedang ligat membuat latihan bola sepak berkata, “alhamdulilah ibu dan ayah amat menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam sukan bola sepak. Dengan pengibatan saya bersama teman-teman di akedemik ini telah mengasah bakat saya lebih mendalam lagi. Walaupun saya sibuk dengan latihan bola sepak dan terlibat dalam perlawanan bola sepak diperingkat negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perak,Indonesia dan Singapura namun pelajaran saya tetap tidak diabaikan sama sekali. Malahan prestasi pelajaran saya semakin meningkat. Mungkin penglibatan dalam sukan mencerdaskan minda saya”.

“Setakat ini saya telah memenangi 3 pingat emas dan perlawanan terakhir di Sekolah International School K.Lumpur dengan tempat ke 3 daripada 10 pasukan. Saya bermain sebagai “gol keeper. Sehubungan dengan itu saya merasa gembira sekali apabila padang bola sepak disini telah dinaiktaraf dengan meratakan struktur tanah, membaiki tempat duduk penyokong, menyediakan tiang gol bola sepak bagi penggunaan pemain-pemain bola sepak yang membuat latihan disini. ”.

Adik Mohd Yazrie Firdaus Mohd Suhairi, 10thn daripada Sekolah Sg Choh berkata, “beliau telah pernah bertanding di Sek.Ren. Keb. Gerangsa, Sek. Ren. Keb. Ampang Sg Buaya dan telah memenangi 2 kali dalam pertandingan tersebut. Beliau bermain sebagai pemain tengah dan merupakan pemain terbaik dalam pasukan ini. Beliau bercita-cita ingin bermain sehingga ke peringkat Negeri Selangor. Ikon pemainnya adalah Shafiq Rahim B. Shafiq Sani, pemain Negeri Selangor. Alhamdulilah apabila melihat padang yang tidak mendapat perhatian daripada mana – mana pihak berkuasa telah diambil perhatian oleh ADUN Batu Caves. Ini merupakan berita gembira buat semua pemain disini. Selain daripada itu disediakan juga paip air untuk semua pemain bersihkan diri setelah beriadah. Dengan adanya keperluan tersebut maka kami tidak perlu lagi tumpang rumah orang untuk bersihkan diri kami. Terima kasih kepada Y.B Amiruddin yang begitu prihatin terhadap masaalah pemain-pemain disini”, katanya.

Sementara itu, En Yusri Kamaruddin merupakan jurulatih utama mengatakan, “alhamdulilah selama 2 thn penubuhan Kelab Premier Football Academic Kids seramai 60 pelajar sekolah yang telah berjaya diasuh menjadi pemain terbaik. 2 peserta berusia 16thn yang telah berjaya mengikuti latihan bersama pasukan Sime Darby selama 2 minggu. Mereka ialah Adik Faiz Osman, 16thn, Adik Ashraf B. Rosli 17thn bagi memantapkan cara permainan mereka”.

“Insya-allah dalam masa terdekat ini mereka akan mengikuti pertandingan bola sepak di peringkat Negeri Melaka. Negeri-negeri yang akan bersama untuk menyertai pertandingan sengit ini ialah Singapura, Johor Bahru, Negeri Sembilan , K.Lumpur, Selangor, dan Indonesia. Pertandingan ini akan berlangsung pada bulan Jun 2011 sempena cuti pertengahan persekolahan. Mereka akan diberi latihan setiap minggu yang bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Matlamat utama saya bersama 6 jurulatih pelajar-pelajar ini adalah untuk memastikan remaja-remaja sekolah tidak terlibat dengan aktiviti gejala sosial. Disamping itu mendisplinkan pelajar-pelajar ini dengan menitikberatkan adab-adab dalam perlawanan bola sepak.

Pelajar-pelajar disini telah diajar agar menghormati antara satu sama lain dengan semua ahli. Tidak dibenarkan mengeluarkan perkataan yang kotor. Sekiranya mereka mengeluarkan perkataan kotor maka pelajar-pelajar ini akan diberi denda. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diminta menyediakan pakaian solat kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar ini leka dengan bermain sahaja. Kita mahukan pelajar-pelajar ini diberikan pendidikan yang baik dengan mengingati ALLAH swt walau apa sekai keadaan. Insya-ALLAH dalam peringkat perancangan, kita juga ingin mencari seorang ustaz memberi ruangan tazkirah sebelum membuat latihan bola sepak kepada semua pemain agar jiwa mereka dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat bagi melahirkan generasi yang beriman dan beribawa, katanya.

Sehubungan dengan itu, Yusri juga melahirkan syukurnya kerana padang bola sepak yang menjadi tempat ramai pasukan membuat latihan di Kg Baru Batu Caves ini telah dinaiktaraf oleh Ahli Dewan Undanan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y. B Amiruddin Shari.

Katanya, padang bola ini tidak mendapat jagaan yang sempurna daripada mana-mana pihak walaupun padang awam. Semenjak 50thn pemerintahan kerajaan UMNO/BN dahulu, padang ini ibarat seperti padang jarak padang terkukur. Rumput tidak dipotong. Saya sudah lama membuat latihan disini, tetapi inisatif daripada pemerintahan kerajaan dahulu tidak ada. Malahan tempat duduk penyokong bola juga telah rosak apatah lagi tiang gol bola juga telah uzur. Mahu atau tidak saya kena bersihkan padang ini setiap kali ingin mengadakan latihan bola kerana tiada padang yang lebih lapang lagi. Alhamdulilah, semenjak PR memerintah, perubahan ini berlaku juga. Apabila kita dimaklumkan oleh penduduk disini bahawa Y.B Amiruddin akan menaiktaraf padang bola sepak bagi memenuhi keperluan generasi muda disini. Terima kasih kepada ADUN Batu Caves dan semua pihak pengurusan pentadbiran Kerajaan PR yang begitu prihatin dengan keperluan kebajikan rakyatnya. Semoga pasukan-pasukan yang membuat latihan disini memberi kerjasama dengan menjaga padang ini agar dapat kekal digunakan selama-lamanya.

Sementara itu, Y.B Amiruddin Shari pula berkata “Insya-ALLAH sebagai ADUN Batu Caves disini, saya bersama teman-teman sentiasa cuba membantu memenuhi keperluan asas buat semua golongan tanpa mengira perkauman dan politik. Ianya bukan agenda pilihanraya tetapi menjalankan tanggungjawab saya sebagai pimpinan yang perlu menjaga kebajikan rakyat. Bahkan padang ini juga bukan setakat penduduk tempatan, pelajar-pelajar sekolah yang menggunakan tetapi masyarakat luar juga hadir di padang ini untk membuat latihan dan mengadakan sukan liga. Jadi saya rasa bagi mereka yang menyatakan usaha saya dan teman-teman seperjuangan PR menaiktaraf padang ini adalah agenda pilihan raya umum (PRU13), saya menafikan sekeras-kerasnya. Berfikir positif dan matang perlu ada dalam diri semua individu. Jangan sempitkan cara pemikiran kita, katanya.

Pejabat ADUN Batu Caves telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk menaiktaraf padang ini. Antara yang perlu dinaiktaraf adalah tempat duduk penyokong, menyediakan saluran paip air, menladskapkan kawasan padang ini dengan lebih selesa, membaiki pagar padang yang telah rosak, memasang tiang gol bola, memasang lampu di sekitar padang ini agar mereka dapat membuat latihan dengan selesa.

Manakala bagi mereka yang berminat dengan sukan futsall , insya-allah kita akan sediakan tempat di Padang Lapang yang berhampiran Kg Melayu Batu Caves. Padang tersebut akan dilengkapkan keperluan yang lain agar semua golongan dapat manfaatkan sebaiknya, katanya ketika mengadakan program gotong –royong DUN Batu Caves kelmarin. Turut hadir bersama Pengerusi PeBT 15, Pemuda-pemdua AMK cabang Batu Caves, Naib Ketua AMK Cabang Gombak, Mohammad Faizal Ismail.

Editor : khaulah azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI