Tuesday, March 22, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran mendapat sambutan golongan pelajar


Gombak - Majlis Ujian Tilawah Al Quran Peringkat Mukim Setapak telah diadakan baru-baru ini di Masjid Simpang 3. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Hj Abd Rahim Md Nasir, Nazir Masjid Simpang 3 dan majlis penutup pula telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari.

Seramai 11 peserta (5 Peserta Muslimin dan 6 Peserta Muslimat) yang telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 6 buah masjid di sekitar zon Gombak Setia. Antaranya Masjid As-Syakirin Batu 6, Masjid Lama Batu 6 3 1/2, Simpang 3, Sg Chincin Batu 7, dan Masjid Zakaria. Setiap masjid telah menghantarkan wakil seramai 3-4 peserta.

Tn Hj Zainal Abidin Abd Ghani, Timbalan Nazir Masjid Simpang 3 berkata, "tujuan diadakan majlis tersebut adalah untuk memilih peserta dari daerah gombak yang akan masuk pertandingan ke peringkat Negeri Selangor tidak lama lagi''.

"Kami telah menerima notis daripada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAIDG) sebulan yang lalu mengenai pertandingan tersebut dimana setiap kawasan di Negeri Selangor akan mengadakan pertandingan ujian tilawah Al-quran. Mereka yang berjaya akan terus mengikuti di peringkat daerah pula sebelum diperingkat Negeri Selangor".

Alhamdulilah pertandingan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik. Kebanyakkan peserta yang menyertainya adalah terdiri daripada golongan muda terutamanya para pelajar. Namunpun begitu golongan warga emas juga tidak ketinggalan untuk sertai bersama bagi menjayakan program ini".

Dengan adanya program ini terdapat beberapa pendapat iaitu ada yang bersetuju dengan mengadakan pertandingan tilawah namun ada yang segelintir tidak bersetuju kerana menurut mereka membaca al-quran tidak perlu dibuat pertandingan kerana pada masa zaman dahulu tidak berlakunya pertandingan seperti ini. Namun ada pula yang menyatakan perlu ada mengadakan program ujian tilawah al-quran kerana untuk memperbaiki mutu bacaan qari dan qariah, selain daripada itu menguji bakat-bakat peserta yang terpendam. Bahkan dengan adanya program ilmuan seperti ini, ianya mengeratkan siraturrahim dan mengimarahkan rumah-rumah ALLAH.

Kita juga ingin menjadikan Masjid sebagai Wahana Transformasi seperti yang didambakan oleh Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Islam Adat-adat Melayu merangkap ADUN Gombak Setia, Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dimana beliau ingin melihat masjid-masjid ini didatangai berbagai golongan tanpa mengira umur.

Beliau ingin jadikan masjid sebagai universiti dimana akan adanya pusat riadah, klinik, perpustakaan dan sebagainya demi menggalak umat islam menghadirkan diri ke rumah ALLAH. Kita tidak mahu rumah ibadah ini menjadi kubur walaupun dibina dengan gah sekali tetapi tiada penghuni yang hadir untuk mengimarahkan rumah ibadah.

" Menurutnya lagi ahli penel hakim terdiri daripada Pejabat Agama Daerah Gombak, Pengira Markah dan masa pula panel terdiri daripada Kawasan Gombak. Antara terma dan syarat untuk memenangi pertandingan tilawah ini adalah dilihat dari sudut Tajwid, taranum, fasoha, suara", katanya.

Sementara itu pula, Tok Penghulu Mukim Setapak, Zuraimi Muhaini pula berkata, " pertandingan ini perlu diadakan. Masyarakat kena mengikut peredaran zaman. Pada zaman masa ini ramai masyarakat inginkan majlis-majlis ilmu. Rumah-rumah ALLAH adalah tempat yang terbaik untuk kita menimba ilmu dan mengeratkan siraturrahim walaupun siapa dan apa pangkat kita. Apabila kita berada dirumah ALLAH, kita adalah hamba yang kerdil dan tiada yang lebih besar pangkatnya melainkan ALLAH swt".

"Jadi tidak perlu kita pertikaikan program-program yang bermanfaat ini walaupun siapakah yang penganjurnya. Mungkin zaman dahulu kita lihat ibubapa/penjaga boleh mengajar anak-anak mereka dirumah sahaja namun pada masa sekarang bagi memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu yang mantap , memperbaiki bacaan mereka, maka ibubapa/penjaga akan memastikan anak-anak mereka mempelajari di tempat yang lebih baik".

Jadi Masjid atau surau adalah merupakan satu tempat yang sesuai untuk kita menimba ilmu dengan dihadiri oleh ustaz-ustaz yang bertauliah. Mereka yang mengajar sudah pasti yang telah dilantik oleh Pejabat Agama dan mempunyai kelulusan mengajar. Kita kena berlapang dada dengan menerima pendapat semua pihak dan cara pentadbiran kerajaan pada masa ini yang ingin menjadikan negeri yang menjadi ketenagan apabila dipimpin oleh orang-orang yang beriman untuk menerajui negera dengan baik. Jika ianya mendatangkan kebaikan semua pihak maka kita perlu meneruskannya daripada melihat golongan belia atau pelajar ini terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat maka ianya sudah pasti akan menimbulkan fitnah buat pimpinan, ibubapa dan peranan AJK-AJK yang dilantik di peringkat masjid, surau yang pasti akan menyatakan kami tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada golongan tersebut. Kena berpandangan positif dari semua aspek."

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan ke peringkat Negeri Selangor ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zuraimi berkata pertandingan tilawah ini telah dimenangi oleh Zulkeflee Muhamad (Qari), yang telah menerima wang tunai RM400 dan Qariah pula Noriyah Mat Terudi dengan menerima wang tunai RM300 dan bagi pemenang tempat ke 3 menerima wang tunai RM200. Manakala tempat ke 4-11 RM50 setiap seorang. Peruntukkan program tilawah ini telah mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR), Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali, ADUN Gombak Setia, Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali, Ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak, ketua-ketua kg dan Semua Nazir Masjid peringkat gombak. Insya-ALLAH mereka yang telah mememangi pertandingan ini akan memasuki ke peringkat daerah yang akan berlangsung di Rawang pada 2hb April, 2011, katanya.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI