Wednesday, February 16, 2011

Prihatin Seorang ADUN " Terima Bantuan Kaki Palsu Baru"



Kg Sg Pusu, Gombak – Masihkah kita semua ingat al-kisah seorang tua di pondok kecil yang telah mengalami penyakit diabetis, sakit tua dan mengalami sakit ashma.

Kassim Hassan yang berusia 88thn, mempunyai 2 orang isteri dan 31 cucu yang mengalami sakit diabetis telah mengalami kecacatan dibahagian kaki kirinya.

Beliau telah lama menderita menanggung penyakit ini selama 16thn lebih dan telah dijagai oleh isteri keduanya.

Dengan kecacatan yang dialaminya, hati kecilnya sering menangis apabila memikirkan kasut kaki palsu lamanya tidak boleh digunakan lagi. Kassim memerlukan kasut kaki palsu yang baru bagi membolehkan dirinya mengorak langkah tanpa menyusahkan isterinya.

Dengan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap, Kassim merasakan tidak mampu untuk memilikinya. Semua yang dilakukan menjadi terbatas. Segala kesulitan yang dialaminya telah diluahkan kepada ketua Kg sg pusu Tn Hj Yunus tahun lepas.

Segala masaalah yang di hadapi oleh Kassim telah diusulkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan mendapat perhatian oleh ADUN Gombak Setia, Y. B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Kunjungan Hassan diteratak usang sebelum tibanya Bulan Ramdhan tahun lepas telah menimbulkan keinsafan dihati kecilnya dan merasa simpati diatas kesusahan yang dialami oleh Kassim bersama isterinya. Hassan nekad akan membantu insan ini atas sifat prikemanusiaan sesama insan.

Alhamdulilah, hasrat untuk memiliki kasut kaki palsu baru telah tercapai oleh Kassim baru-baru ini. Kunjungan Krew media diteratak usang ini yang mengumpulkan segala kenangan manis ketika bersama rombongan PKM DUN Gombak Setia, kakitangan Pusat Zakat Selangor (PZS) tahun lepas mengimbau kembali kemesraan Kassim yang ramah orangnya bersama isterinya melayan tetamu-tetamu yang tidak disangka mengunjungi teratak usangnya.

Kassim melahirkan rasa kesyukurannya kerana hasratnya telah tercapai. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B Dato’ Hassan Mohamed Ali dan semua rombongan beliau tahun lepas. Atas keperihatinan beliau terhadap penderitaan yang saya alami selama ini.

Walaupun proses mendapat kaki palsu ini mengambil masa oleh PZS untuk mencari kasut yang sesuai tetapi akhirnya kaki palsu ini dapat juga.

Katanya, "Alhamduulilah dengan adanya kasut ini memudahkan urusan saya untuk beribadah dan berjalan tanpa menyusahkan isteri saya lagi".

Selain daripada itu saya juga telah menerima bantuan wang zakat semasa bulan ramadhan lalu yang telah diluluskan oleh Y.B Datuk Dr Hasan Ali. Dengan bantuan tersebut telah memberi peluang kepada saya untuk membuat sedikit persiapan hari raya bersama isteri.

Walaubagaimanapun, terdahulu Y.B Dato’ Hassan ada meminta PZS memberi bantuan zakat kepada saya setiap bulan namun pada tahun baru, 2011 bantuan zakat telah tiada lagi. Saya difahamkan PZS sedang membuat bancian baru.

Sehingga kini, saya tidak mendapat bantuan PZS lagi. Dengan itu saya merayu kembali kepada PZS agar dapat membantu saya kembali seperti yang telah diberikan kelulusan dan persetujuan untuk memberi bantuan kepada saya yang telah dibuat oleh Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Datuk Hassan sendiri telah maklum kepada saya dan semua rombongan PKM agar bantuan zakat diberikan setiap bulan, katanya.

Ujarnya lagi, saya benar-benar tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pendapatan yang saya perolehi hanya RM300 dengan hasil jualan makanan dan minuman.

Dengan hasil tersebut sudah pasti tidak mengcukupi buat saya dan isteri untuk meneruskan kehidupan ini. Lebih-lebih lagi kos perubatan saya sahaja mencecah RM200. Andainya saya diberi kekuatan untuk bekerja sudah pasti saya melakukannya tanpa meminta-minta orang lain.

Tetapi apakan daya, dengan usia yang lanjut kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan hasrat saya terbantut. Saya harap rayuan permohonan bantuan zakat mendapat perhatian oleh Y.B Datuk Dr Hassan Mohamed Ali untuk membincangkan kembali dengan PZS, katanya dengan sebak ketika ditemui di teratak usang itu baru-baru ini.

Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI