Wednesday, February 16, 2011

65% UMNO BN akan dapat keuntungan dalam saman ekor dibawah sistem AES


Gombak - Kempen Saman Ekor Mengkayakan Kroni pemimpin negara sedangkan rakyat didera telah diadakan bagi fasa ke 2 disini kelmarin di Dewan Bolton Muhibah MPS.

YDP PAS Kawasan Gombak, Utz Sallehuddin Nasir berkata, ini merupakan fasa ke 2 Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan kempen KASE bagi membantu rakyat. PR begitu serius menangani isu ini.

Berbagai risalah telah kita edarkan. Sehubungan dengan itu kita juga mengharap agar semua aktivis, ahli PAS, DAP, PKR mempergiatkan laman-laman web, blog dan facebook mereka untuk membantu kita menyebarkan informasi-informasi terkini.

"Memandangkan kita hanya mempunyai media aternatif yang terhad maka seharusnya semua berperanan menyebarkan maklumat ini kepada rakyat tanpa jemu".

Menurutnya lagi, UMNO-BN begitu gerun dan takut dengan media PR sehinggakan mereka telah merangkakan satu undang-undang kepada blogger yang pro kepada PR. Rang undang tersebut akan diperbentangkan di peringkat parlimen akan datang.

UMNO-BN cuba membuat sekatan melalui blogger, interner, facebook dan berbagai lagi bagi memastikan rakyat tidak mendapat informasi-informasi terkini yang berlaku di negara ini khususnya negeri-negeri dibawah Kerajaan Negeri PR.

Selain daripatu itu berkemungkinan blogger-blogger yang menyebarkan maklumat tersebut akan dikenakan ISA.

Ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat. Walaubagaimanapun kita yakin dengan pertolongan ALLAH swt. Kuasa ditangan rakyat bukan ditangan UMNO-BN.

Ambillah peristiwa di Mesir dimana pemimpin mereka telah ditolak oleh rakyatnya kerana kezaliman, rasuah dan sebagainya telah dilakukan di negara tersebut. Jika ini boleh berlaku di Mesir mungkin apabila rakyat telah hilang pertimbangan maka akan berlaku juga di Malaysia nanti berikutan dengan berbagai bantahan rakyat malaysia telah lakukan untuk memperjuangkan kebenaran, katanya.

Rentetan daripada itulah, PAS Gombak juga akan memberi kerjsama semua peringkat pimpinan Kerajaan Negeri PR, Saf-saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri, Kawasan dan DUN bagi meneruskan Kempen KASE ini. Kempen dan perjumpaan antara ahli dan pimpinan akan dibuat secara berkala sehingga pilihanraya umum (PRU ke 13) tidak lama lagi.

Selain daripada itu, beliau juga menyatakan Pekan Greenwood akan dijadikan Mercu PAS Kawasan Gombak. Segala perancangan menaiktaraf kawasan ini telah disusun rapi dengan kerjsama Y.B Dato Dr Hasan Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia.

Segala susunan infrastruktur di kawasan gombak telah kita rangkakan dengan sebaiknya bagi memberi keselesaan rakyat gombak. Begitulah juga peruntukan menaiktaraf infrastruktur kawasan Masjid Batu 8 dan Batu 9 telah diluluskan.

Ujarnya lagi, "insya-allah Kawasan Lapang Desa Minang disini juga akan kita naiktaraf dan dijadikan Medan ilmu. Dimana setiap hujung minggu kita adakan kuliah-kuliah bagi menyampaikan ilmu, memantapkan pemahaman rakyat tentang tanggungjawab sebagai khalifan .

Dengan pertemuan seperti ini saya yakin segala maklumat informasi Kerajaan PR akan diterima oleh rakyat yang hadir dalam program yang akan dilaksanakan tidak lama lagi".

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Y.B Dato' Hj Mahfuz Omar, mengulas isu KASE dimana terdapat 2 buah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan sistem AES ini iaitu BETA TEGAP Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Timbalan Menteri Pengangkutan dalam telah memberi jawapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sistem AES akan menggunakan teknologi kamera yang dipasang di Jalan-jalan raya dan lebuhraya bagi mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had laju dan akan diproses di suatu pusat pemprosesan gambar yang dihubungkan dengan pengakalan data JPJ. Kemudiaanya saman akan dikeluarkan secara automatik melalui komputer dan akan dihantar terus kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan.

Setiap saman automatik yang dikeluarkan dianggap telah diserahkan walaupun pemilik atau pemandu kenderaan tidak menerimanya.

Mahfuz berkata, "2 syarikat ini akan mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka kendalikan dalam sistem AES. Kerajaan menyatakan bahawa di dalam Modul Simulasi Kewangan mereka pihak syarikat akan memperolehi 35% pulangan daripada setiap 5 juta saman yang dibayar manakala Kerajaan Pusat UMNO-BN akan mendapat 65% daripadanya".

Maksud 35% dan 65% pulangan tersebut ialah syarikat dan kerajaan Pusat akan berkongsi pendapatan daripada setiap saman lalulintas yang dibayar di bawah sistem AES ini.

Dengan pengenalan sistem AES dan memberikan hak pengendalian kepada 2 syarikat ini secara tidak langsung akan menggambarkan bahawa penguatkuasaan peraturan lalu lintas telah diswastakan, ujarnya.

"Tindakan yang harus dilakukan sekiranya anda disenaraikan hitam oleh JPJ sedangkan anda tidak pernah menerima saman ekor dan tidak pernah didakwa di Mahkamah maka tindakan perlu diambil dengan meminta surat tunjuk sebab daripada JPJ alasan kita disenarai hitamkan".

Keengenan JPJ membenarkan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu adalah bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat terhadap harta.

Begitu juga jika kita disenaraikan oleh JPJ dengan alasan kerana memiliki saman tertunggak dan saman tersebut adalah saman ekor maka tindakan yang perlu dilakukan pemilik kenderaan/pemegang lesen boleh menuntut gantirugi kehilangan penggunaan harta benda kerana telah dinafikan hak ke atas harta seperti yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Suatu tindakan sivil di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan kegunaan kenderaan ini boleh dilakukan, katanya.

Ceramah Kempen KASE telah dihadiri oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia, Timbalan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Ketua Pengarah Penerangan Exco Keajaan Negeri Selangor Utz Badrul Amin Bahrum dengan melancarkan Tabung dan risalah KASE untuk membantu semua Jawatankuasa KASE dapat menjelajah seluruh negeri untuk sebaran maklumat.

Majlis pelancaran gimik KASE tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan menyerahkan risalah kepada semua ketua-ketua PAS Cawangan diperingkat DUN Gombak Setia.




Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI