Thursday, February 10, 2011

Konvoi Misi Ke 2 sambut pelajar Mesir



Gombak - Misi Kedua Menyambut pelajar-pelajar Mesir pulang ke Malaysia akibat krisis yang melanda bumi Mesir yang semakin membimbangkan masyarakat malaysia terutamanya ibubapa penjaga yang telah menghantarkan anak-anak mereka di bumi Mesir.

Kebimbangan ini amat ketara apabila berbagai berita yang kita terima dari pelajar-pelajar disana.

Dengan kebimbangan inilah Parti PAS sekali lagi menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa bersama ibubapa/ penjaga pelajar untuk menyambut kepulangan mereka ke tanah air .

Konvoi menyambut kepulangan pelajar Misi ke 2, bermula di Gombak dan berkumpul di Bandar Baru Ampang.

Kepulangan mereka telah disambut oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir, Wakil Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Negeri-negeri lain di Lapangan Terbangan KLIA jam 11 pagi.

Ketua Muslimat Dewan PAS Negeri Selangor (DMPNS) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hjh Wan Hasrinah W. Hassan berkata "Alhamdulilah, seramai 1700 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai. Para pelajar yang pulang ke Malaysia rata-ratanya terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2".

Menurutnya penerbangan ke 4 telah mendarat ke singapore berikutan dengan masaalah penerbangan disana yang masih tidak dikenal pasti.
Selain daripada itu, kita juga difahamkan bantahan besar-besaran akan diadakan di Mesir. Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah.
Wan berkata, " Kita Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) prihatin terhadap krisis yang melanda di negeri ini akan terus menerus mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa dan akan membantu pelajar-pelajar disana bagi memastikan mereka selamat. Semoga pergolakan ini akan baik seperti sediakala. Bersama-samalah kita mendoakan saudara muslim kita disana".

Walaubagaimanapun kita rasa bersyukur kerana semua pelajar-pelajar Malaysia telah selamat sampai dan bertemu dengan ahli keluarga mereka.

Semoga kepulangan mereka ke tanah air ini akan dimanfaatkan sebaiknya dengan beberapa program yang telah disusunkan oleh Kerajaan Negeri.

Turut bersama Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha Sulit Menteri Besar Y.B Nizar Jamaluddin (Ustaz Misbahul Munir), Setiausaha Dewan PAS Pusat, Pn Kartini Ahmad, Pn. Khadijah Mahmud, AJK Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG), Ustazah Tahirah.
Kami daripada pimpinan PAS mengucapkan "Selamat kembali ke Tanah Air buat semua pelajar".
Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI