Monday, December 20, 2010

JKP ZON 11, MPS mengajak rakyat amal Konsep 5S



Gombak - Blok manakah yang paling bersih, Blok manakah yang paling harmoni, blok manakah yang banyak memberi kerjasama, blok manakah yang paling ceria, dan blok manakah yang menjadi juara keseluruhan dalam Kempen 5S. Inilah seruan Kempen 5S yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 11 MPS dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Casmaria (PPPC), Surau Al-Ehsan Casmaria, Jabatan kesihatan Daerah Gombak , Majlis Perbandaran Selayang (MPS), KRT dalam rangka memberi kesedaran kepada masyarakat malaysia terutamanya di negeri selangor mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11 (MPS) sekali lagi mengajak dan memupuk kesedaran kepada masyarakat sekeliling untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan dengan mengambil daya inisatif mengadakan Program Pertandingan Kempen Kebersihan 5S Antara Blok.

Berkata Pn. Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis Perbandaran Selayang/Pengerusi JKP Zon 11 (MPS) dalam perbincangan mesyuarat bulanan JKP Zon 11 MPS, terdahulu pada 2009 JKP Zon 11 MPS telah mengadakan Gotong royong bersepadu berkala di sekitar JKP Zon 11 MPS, serbuan Ops Anti Tikus yang telah mendapat kerjasama oleh Y.b Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagi mengatasi pembiakan tikus yang banyak terdapat di lokasi gerai dan kediaman penduduk terutamanya di kawasan Pangsapuri.

Rakyat tidak begitu peka untuk menjaga kebersihan bersama. Mereka tidak tahu apakah kesan yang akan terkena kepada mereka sekiranya Kencing dan najis tikus terkena kepada mereka yang boleh menyebabkan berlaku kematian kepada mangsa.

Rentetan itu, JKP Zon 11 (MPS), Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia bersetuju meminta agar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat membuat pemeriksaan di lokasi gerai perniagan di sekitar Flat Tmn Samudra, Pasar Sri Gombak demi menjaga kesihatan dan keselamatan penduduk di DUN Gombak Setia.

Apa yang kita dapati peniaga-peniaga tidak menjaga kebersihan sewajarnya dalam menyediakan hidangan jualan kepada pembeli. Atas kelalaian mereka maka pihak MPS telah membuat serbuan ke lokasi tersebut untuk membuat pemeriksaan serta menyembur racun tikus bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Peniaga-peniaga juga telah diberikan nasihat dan tindakan yang perlu diambil oleh mereka agar dapat atasi masaalah kebersihan ini bersama.

Pada tahun ini, JKP Zon 11 MPS mengadakan pula Kempen Program 5S. Program ini telah mendapat persetujuan semua ahli mensyuarat JKP Zon 11 MPS. “Konsep 5S adalah satu usaha dan tanggungjawab kami untuk membenteras masaalah denggi yang semakin meruncing. Sekiranya tiada tindakan diambil untuk membenterasnya ia akan memberi kesan kepada penduduk disini. Menjaga kebersihan adalah satu tuntutan dan tanggungjawab masyarakat yang seharusnya dipenuhi oleh seluruh rakyat Malaysia bukan hanya terletak kepada individu tertentu sahaja”.

Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang serta kesedaran kepada rakyat terhadap disiplin kebersihan disamping itu memupuk semangat perpaduan serta keharmonian dikalangan komuniti.

Katanya lagi, Jawatankuasa Penganjur mensasarkan semua penduduk dari semua peringkat bangsa dan umur agar dapat menyertai program ini bersama tanpa mengira perkauman dan politik.

Sementara itu, (M) Bersara W. Chik Wan Morad yang mempengerusikan program Kempen 5S di Perkarangan Surau Al-Ehsan Casmaria baru-baru ini, menyatakan objektif utama adalah memberi kesedaran tentang penting menangani wabak denggi dan mencegah pembiakan nyamuk aedes. Rakyat pada masa ini, tidak begitu megambil berat tentang penjagaan kebersihan sekitar rumah mereka.

Mereka sering membuang sampah merata tempat, barang-barang lama yang tidak pakai disimpan sehingga berlakunya pembiakan nyamuk aedes dan akhirnya kesan tersebut akan melibatkan semua pihak. Rakyat seharusnya mendisplinkan diri mereka untuk menjaga kebersihan dalam kehidupan malahan islam juga memberi penekanan kepada kebersihan dalam kehidupan, katanya.

Selain daripada itu dengan adanya program kemasyarakatan, ia akan mewujudkan medan integrasi yang lebih kukuh dalam usaha menjana silaturrahim yang lebih utuh di kalangan seluruh komuniti Pangsapuri Casmaria, AJK KRT, JKP Zon 11 MPS, AJK PPPC, AJK Surau Casmaria dan KRT Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang serta Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, katanya.

Kempen 5S telah diberikan sesi penerangan oleh En Kamal Ariffin kepada semua yang hadir. Menurut beliau, Program Kempen 5S ini merupakan konsep amalan Orang Jepun yang telah Berjaya memupuk minda dan diri rakyat Jepun agar menjaga kebersihan. Undang-undang di Negeri Jepun begitu ketat dan sekiranya rakyat gagal mengikutinya maka tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka. Konsep tersebut cuba dibawa oleh Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri dahulu. Beliau cuba membawa konsep Pandang Dasar ketimur untuk dibawa ke Malaysia. Beliau telah menetapkan agar setiap syarikat dapat mengamalkan konsep 5S tetapi tidak Berjaya dilaksanakan kerana rakyat begitu sukar untuk mengikuti konsep 5S.

Namunpun begitu, JKP Zon 11 MPS cuba mengadakan kempen 5S ini kembali walaupun sukar untuk dilaksanakan tetapi dengan penuh yakin dan kerjasama semua penduduk terutama penduduk Casmaria insya-allah akan dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun dipupuk sedikit demi sedikit, katanya.

Menurutnya lagi, Konsep Kempen 5S yang diadakan baru-baru ini telah diserahkan dengan borang audit kepada Ketua-ketua blok agar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tempoh diberi selama 43 hari untuk ketua blok mengajak semua penduduk di block tersebut agar memberi kerjasama dengan mengadakan berbagai program mengikut kreativiti mereka. 5S adalah sisih, susun, sapu bersih, sapu seragam dan Selalu amal menjaga kebersihan.

Beliau juga telah memberi pendedahan kepada penduduk teknik – teknik amalan menjaga disiplin kebersihan didalam rumah, diluar rumah melalui tunjuk ajar teori, praktikal dan sebagainya kepada penduduk.

Kamal meletakkan harapan agar dengan adanya program 5S ini, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat bagi memupuk dan menerapkan nilai – nilai disiplin kebersihan dan menjadi amalan pada setiap generasi keluarga dalam sistem kehidupan, ujarnya.

Majlis kempen tersebut telah ditutup rasmi oleh (M) Wan Chik dengan menyerahan peralatan alat kebersihan kepada setiap ketua-ketua blok bagi mewakili Pn Khatifah yang tidak dapat menghadirkan diri kerana menjalankan tanggungjawab sebagai saudara muslim dengan menguruskan pengebumian jirannya yang telah pulang kerahmatuallah. Hadiah Piala pusingan dan wang tunai akan diberikan pada hari kemuncak program iaitu pada 13/2/2011.


Editor :khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI