Monday, December 20, 2010

UMNO Jangan Berlakon Pertahankan Surau/Masjid


Bandar Baru Selayang - UMNO/BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitannya dengan agama.
Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata, tegas Tn Hj Mohamad Abd Rahman YDP PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, ujarnya selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras DUN Tmn Templer di S.Alam pagi semalam.


Berikutan dengan isu demonstrasi bantahan Surau Al-Hidayah yang di katakan bakal dirobohkan, beliau menegaskan bahawa demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh UMNO/BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci dan dengan niat agar rakyat keliru mengenai pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya tidak perihatin tentang masalah agama islam.

Pihak (UMNO/BN) telah membuat provokasi Demostrasi Bantahan dan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan Kerajaan Negeri sekarang, menyebabkan satu-satunya tanah orang melayu di Pekan Rawang jatuh ketangan syarikat swasta. Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas lansung, kerana yang menggadainya maruah orang melayu dan Islam adalah UMNO/BN. Demonstrasi yang di buat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri.

Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi kelmarin. Kita pun telah mengenal pasti yang hadir majoritinya terdiri daripada pemimpin UMNO/BN termasuk Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Dato' Zainail Abidin Sakom. Kita mencadangkan agar Kerajaan Selangor mengambil tindakan terhadap beliau kerana menghentam kerajaan sedangkan sifatnya Pengerusi YBK juga adalah sebahagian daripada kerajaan".

"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi.

Sebenarnya bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang kita sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang di dan PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa UMNO/BN memerintah.

Mohamad berkata, "Mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut. Oleh itu pihak kami meminta agar rakyat dan penduduk sekitar rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO/BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai Penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya. Kita bersetuju dengan kenyataan di akhbar bahawa tiada isu perobohan".

Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh UMNO. Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan (PR) memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa berlakunya meroboh masjid/surau begitu juga rumah ibadah bangsa agama lain. PR amat menghormati mana-mana rumah ibadah.

Ini jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah rumah ibadah masjid /surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat yang mendapat sokongan penuh melalui kehadiran jemaah kariah dalam program dilaksanakan.

Amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan UMNO/BN, dimana surau/masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus, majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna bahkan rumah ibadah ditutup apabila sudah habisnya waktu solat fardhu isyak. Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa dibawah pengurusan UMNO/BN.

Disini UMNO/BN harus menerima kenyataan dan hakikat bahawa mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat, khususnya orang melayu islam katanya dengan tegas di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer.

Sehubungan dengan itu, beliau sebagai YDP PAS Kawasan Selayang menyokong Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan lanjut berkenaan isu surau Al-Hidayah termasuk dari sudut pengutipan sewa kepada gerai-gerai yang dibina secara haram dan dikenakan bayaran oleh Bekas Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau. Kita mendapat maklumat daripada Ahli Jawatankuasa Surau yang baru mendakwa kutipan tersebut tidak pernah disalurkan Ke Tabung surau.

Insya-ALLAH pihak kami sentiasa memberi kerjasama denagan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi keterangan dan siasatan untuk menegakkan kebenaran ketulusan pentadbiran kerajaan PR, katanya.

Editor :khaulah Azwar





No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI