Gombak - Sempena hari kebesaran dan mengenang jasa Nabi Muhammad saw, YB. Dato’ Hassan yang merupakan EXCO Kerajan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal ISLAM Adat-adat Melayu Infrastruktur Dan Kemudahan Awam telah turun padang dengan membuat lawatan semua masjid, surau dan beberapa kawasan untuk bersama masyarakat gombak tanpa mengira parti.
Y.B Dato’ berkata, tujuan menyambut hari kebesaran Nabi Muhammad saw adalah “ kerana hendak mengingati hari kelahiran, perjuangan, pengorbanan baginda bersama sahabat-sahabat baginda yang tidak mampu kita bayar. Hakikat ingat ke Nabi saw, ini tidak boleh sekali setahun begitu, tetapi sepanjang masa kita mesti ingat. Mengamal ajaran dan sunnahnya malahan ikutilah akidah dan akhlak baginda yang merupakan contoh terbaik pada kita. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulidur Rasul”.
Apatah lagi dengan meraikan hari yang penuh keberkatan, kita sebagai 1 ummah berada dirumah ALLAH swt walaupun kita bergelar Dato’/ Datin/Sultan dan mempunyai berbagai pangkat yang tinggi tetapi harus kita ingat, dirumah ALLAH yang kita dibawah 1 naugan dan 1 bumbung adalah sama darjatnya. ALLAH swt tidak memandang siapa kita, apa pangkat kita tetapi yang dipandang adalah amalan kita ketika berada dirumahnya.
Tetapi, sebagai ummat kesayangan Nabi saw, kita tidak manfaatkan sebaiknya malahan sejak Akhir-akhir ini tercetus berbagai propaganda yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang (UMNO) terhadap Pemerintah (PAS/PR) dengan menimbulkan isu-isu yang remeh-temeh ibarat seperti orang yang tidak matang dalam berpolitik.
Sehinggakan pihak pembangkang ketandusan idea untuk bermain isu sehingga menimbulkan isu Sambutan Maulidur Rasul setiap negeri dibawah kerajaan (PR). Jika Nabi Muhammad saw masih hidup sudah pasti baginda merasa sedih diatas apa yang belaku keatas ummatnya yang sering berlaku perbalahan. Adakah ini, kasih kita terhadap baginda?? Tetapi pada pemerintah PR, setiap isu yag ditimbulkan oleh UMNO dapat diatasi dengan baik.
Terkini dengan isu menyambut sambutan Malulidur Rasul yang telah digembar gemburkan oleh pihak UMNO dengan mengeluarkan fakta-fata yang tidak berasas dan tidak masuk akal. Haruskah kita melayan kehendak mereka yang tidak habis-habis mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah (PAS/PR).
YB Dato’ yang merupakan Adun Gombak berpendapat “Sempena hari kelahiran Nabi saw, kita sebagai ummatnya harus merasakan 1 kegembiraan dan penuh kesyukuran apabila dilihat kawasan gombak telah menjadi pesta ibadat yang telah mengadakan berbagai program sempena hari Kelahiran Nabi Muhammad saw seperti Qiammualail, Kesenian ISLAM, Ceramah, berzanji, berzikir dan lain-lain yang boleh membawa kearah kebaikan dengan tujuan untuk memuji, kebesaran ALLAH swt dan Kekasihnya Nabi saw. Dengan adanya program seperti ini tanpa mengira parti kita dapat berkumpul dengan terbentuknya 1 ummah baginda.
Walaupun sambutan tersebut tidak ada perarakan tetapi telah diraikan dengan sempurna malahan dilihat kehadiran didalam setiap majlis yang diadakan amat memberangsangkan untuk merai dan mengingati baginda dengan rasa penuh kesyukuran dan terjalinnya ukhwah. Inilah peranan Masjid, Surau apabila dimanfaatkan sebaiknya.
Begitulah keindahan ISLAM, jika diamal dan diikuti dengan mengamalkan AL-Quran dan Al-Sunnah yang akhirnya akan membentuk ummah yang beriman.
“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?
“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala, dalam Majlis Maulidur Rasul ” jelasnya.
KOLEKSI MAULIDUR RASUL DI MASJID SEKITAR GOMBAK
Masjid Simpang 3
Masjid Sg Chincin
Masjid Khairiah
Kasih seorang pemimpin terhadap anak-anak generasi yang sebagai pelapis akan datang.
” Rasullah saw bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya ALLAH menaikkan darjat anak cucu orang mukmin (di Syurga kelak) setingkat dengannya, meskipun amal soleh mereka lebih sedikit daripada amal solehnya dengan tujuan untuk mendekatkan mereka dengannya.” {Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani}”
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment