Tuesday, March 2, 2010

JKP Zon 11 melancarkan Organisasi Keselamatan Pencegahan Jenayah & Pembenterasan Maksiat





Gombak - Gejala sosial yang kini semakin ketara di negara kita tidak dapat dibendungkan lagi apabila dilihat kebanyakan yang terlibat adalah golongan di peringkat remaja tidak mengira bangsa dan agama.

Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, JKP Zon 11 yang telah di pengerusikan oleh Pn. Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS telah mengambil inisatif dan telah memulakan langkah ke 2, setelah menubuhkan organisasi keselamatan dengan kerjasama persatuan penduduk di taman-taman berdekatan, Nazir Masjid, Rukun Tetangga, Polis dan Jais.

Semua AJK yang dilantik telah diberikan pendedahan terperinci dengan mengadakan Ceramah Pencegahan Jenayah dan Pembenterasan Maksiat yang telah dianjurkan oleh JKP Zon 11 baru-baru ini di Dewan Masyarakat Tmn Selasih Fasa 2.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh ASP Izuan dari IPD Gombak dan Tn Hj. Rahman Nazir Masjid Ar-Rahimah Pemegang kad kuasa JAIS.


ISP Izuan telah memberi pendedahan kepada semua yang hadir cara-cara yang boleh diambil oleh orang awam apabila berlaku jenayah di kawasan yang berhampiran. Sebagai oang Awam, tindakan utama yang perlu diambil perhatian adalah mengenal pasti dimana kawasan jenayah berlaku, mengambil maklumat kenderaan dan menghubungi pihak polis untuk tindakan segera. Orang Awam tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri dengan sewenang-wenangnya kerana untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.


Bagi mengatasi masalah maksiat pula, Nazir Masjid Rahimah, Tn Hj. Rahman telah memberi penerangan secara ringkas iaitu tindakan yang perlu diambil oleh orang awam antaranya mengenal pasti lokaliti kejadian, berapa orang yang berada di kawasan tersebut. Setelah maklumat dikumpul, orang awam boleh berhubung dengan pihak Nazir Masjid yang telah diberi kad kuasa untuk bertindak bersama beberapa orang AJK keselamatan yang dilantik sebagai saksi berlakunya kejadian,juga dengan kerjasama pihak polis.

Pn Khatifah berkata, organisasi ini adalah penting dan harus ditubuhkan disemua peringkat kawasan memandangkan gejala sosial semakin menular dan sangat aktif waktu malam. Tujuan penubuhan organisasi adalah untuk menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk sekitar.

Oleh yang demikian sebelum jawatankuasa yang telah diberi mandat sepenuhnya menjalankan tanggungjawab di kawasan - kawasan, mereka perlu diberikan pendedahan secara terperinci agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini dan memberi keyakinan kepada petugas ketika menunaikan tanggungjawab.


Beliau berkata, taklimat yang telah disampaikan oleh ASP Izuan dan Nazir Masjid amat berguna kepada semua petugas biro keselamatan dan juga sebagai penambahan ilmu pengetahuan kepada orang awam.

Selain daripada itu, adalah 1 kewajipan kepada semua penduduk untuk terlibat di dalam membenteras gejala sosial di dalam masyarakat. Semua orang harus bertanggungjawab dalam amal makruf nahi mungkar demi kesejahteraan ummah dan generasi yang akan datang.

Kepedulian sosial membayangkan satu semangat dan rasa sanubari yang sensitif terhadap apa jua permasalahan, kemelut dan pergolakan yang berlaku di dalam masyarakat.

Namun rasa kepedulian sosial tidaklah pula terbatas hanya kepada masyarakat Islam sahaja kerana ada banyak isu-isu yang berlaku merupakan isu-isu yang melibatkan masyarakat bukan Islam, seperti isu-isu akhlak dan seumpama. Perasaan ini mampu dipunyai oleh mana - mana individu, tanpa mengira latar belakang,kecenderungan politik, agama, kaum dan bangsa mahupun status sosial seseorang.

Di atas pertimbangan inilah, maka tertubuhnya Organisasi Keselamatan Mencegah Jenayah & Maksiat dibawah Naungan JKP Zon 11.

Semoga dengan adanya pendedahan ini,jawatankuasa yang telah mendapat mandat akan membuat perbincangan dengan inisatif mereka bagi mengatasi isu gejala sosial yang berada di sekitar mereka, serta menganalisa punca berlakunya gejala tersebut.

Harapan saya semoga jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya dan masyarakat sekeliling dapat memberi kerjasama sepenuhnya, agar gejala sosial ini dapat diatasi dengan segera, ujarnya.

Adun beri sokongan 100%

YB Dato' Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia melahirkan perasaan gembira apabila telah dimaklumkan penubuhan Organisasi Keselamatan Mencegah Jenayah & Maksiat dibawah Naungan JKP Zon 11.

Ini merupakan inisatif yang amat dibanggakan kerana masih belum ada lagi kawasan-kawasan di zon lain yang memainkan peranan sedemikian untuk membendung gejala sosial yang semakin merebak tertutamanya dikalangan remaja-remaja sekolah.

Harapan saya semoga penubuhan ini akan bergerak lancar, aktif, mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Masyarakat umum haruslah memberi kerjasama dengan pihak JKP Zon 11 dan oraganisasi yang telah ditubuhkan ini demi kesjahteraan penduduk sekitar. Gunakanlah penubuhan ini dengan sebaiknya, ujarnya baru-baru ini.


Editor : Khaulah Azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI