Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat Ketua – Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak bersama EXCO/ADUN Gombak Setia

02hb November, 2009 – Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak Bersama Exco / Adun Gombak Setia telah diadakan di Pejabat Majlis Perbandaran Selayang yang telah dipengerusikan oleh En Johari, Pengarah Jabatan Perancang, MPS bagi menggantikan Yb Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut kerana beliau menghadiri mesyuarat penting bersama MB Selangor di Bangunan SUK .


DSCN0649


Turut menghadirkan diri dalam mensyuarat ini adalah wakil kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Tn. Pegawai Daerah Gombak, wakil Agensi Kerajaan, wakil daripada Jabatan Kemajuan MPS, Ahli Majlis MPS yang terlibat di kawasan berkenaan. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai beberapa kawasan yang terlibat, yang masih tiada CF iaitu Sekolah Al-Amin Gombak, Sri Gombak Town Villa, Tmn Desa Gemilang, Kg. Sg. Pusu, Tmn Bukit Permata, Sri Gombak, Flat Pinggiran Bt. Caves Fasa 2, Penempatan dan pampasan Peneroka Bandar Kg Banjar. Masalah yang timbul tidak dapat diatasi dengan baik kerana ada pihak pemaju yang tidak hadir dan tidak memberi kerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak MPS, akan mengambil tindakan yang lebih efektif di dalam mesyuarat OSC yang akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mengatasi masalah ini. Mengenai peneroka bandar Kg. Banjar pihak MPS akan menyediakan laporan yang akan dipanjangkan ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI